Faiz yang terasa terganggu dengan pergerakkan di sebelah mencelikkan matanya. Bangun sahaja kelihatan Airis yang sedang menangis di kepala katil. Pakaian semalam turut tersarung pada badannya. Faiz tersenyum sinis.
"Bukan ini ke yang kau nak.. Yang nak menangis sangat kenapa! Macam tak biasa pula" tepik Faiz. Dia mengaku dialah orang pertama yang menyentuh Airis. Tapi disebabkan kejadian malam itu hilang terus sifat kemanusiaannya terhadap perempuan yang bernama Airis Adriana.
Airis hanya mendiamkan diri. Sepatah pun tidak dibalasnya. Jiwanya terasa tertekan saat itu. Faiz terus menuju ke arah beg yang berada di tepi almari. Simpulan tuala dibetulkannya. Tangan Airis ditarik supaya membuntutinya.
"Lepaslah.. Awak ni kenapa!" kata Airis dalam tangisannya. Tanpa mempedulikan teriakkan Airis laju sahaja kakinya melangkah turun ke bawah. Sampai sahaja di muka pintu terus dilemparkan beg itu di pangkaran rumah. Datin Azian dan Dato Aryan yang melihat terus menuju ke arah anak sulungnya.
"Kau keluar daripada rumah ni! Aku tak nak tengok muka kau mahupun seinci" kata Faiz tanpa nada. Airis yang mendengar seakan terasa ada batu besar menghempapnya. Terus dia meraih tangan Faiz.
"Faiz.. Awak tak boleh buat saya macam ni! Lepas apa yang awak dah buat semalam.. Awak nak buang saya macam tu je.."kata Airis dengan memegang pergelangan tangan suaminya.
"Jangan sesekali kau berani sentuh aku! Aku jijiklah dapat isteri macam engkau ni!" tepik Faiz kasar. Direntap kasar tangannya.
"A..apa?" Airis sudah terpana. Habis tu semalam, dia hanya mainan atas ranjang? Sanggup suaminya buat dia sebegini selepas sahaja meninggalkan luka.
"Apa kau ingat lepas apa yang aku dah buat dekat engkau semalam aku dah dapat terima kau! Cintakan kau! Engkau silaplah!" herdik Faiz lalu menepis tangan Airis daripada menyentuhnya lagi.
Airis yang mendengar menggelengkan kepalanya. Dugaan apa ini Ya Allah! Terus dia memeluk kaki Faiz apabila dia melihat Faiz yang tergesa-gesa hendak masuk ke dalam.
"Awak tak boleh buat saya macam ni.. Saya rela bersumpah dan bersujud di kaki awak.. Bukan saya yang rancang semua itu.. Percayalah.. Mummy.. Daddy tolonglah percayakan Airis" kata Airis. Nampak sahaja kelibat mertuanya terus dia datang mendekat.
"Izz kamu.."kata-kata puan Farah dipotong oleh Faiz. Terus terbantut niat orang tua itu. Rasa kesian melihat menantunya diperlakukan sebegitu menerjah ke dalam hati tuanya.
"Engkau tak payah nak meraih simpati dekat mak bapa akulah perempuan! Kau sedar sikit! Mak ayah kau pun boleh buang kau.. Apatah lagi aku! Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau! Pergi!" herdik Faiz lagi. Ditolak tubuh isterinya keluar daripada rumah itu. Terus dikunci pintu rumah. Ketukan bertalu-talu di muka pintu tidak tergerak dihatinya untuk membuka.
"Awak.. Awak tak boleh buat saya macam ni! Faiz.." kata Airis dalam tangisan. Tangannya tidak henti daripada mengetuk pintu.
Zarith yang melihat tingkah laku abangnya yang mengusir kakak iparnya hanya bersimpati dengan nasib Airis. Dia tidak berani hendak menyampuk apatah lagi melihat ayahnya yang tidak dapat berbuat apa-apa.
"Izz.. Kesianlah dekat isteri kamu... Dia tak ada siapa lagi selain kamu Izz" pujuk Datin Azian. Tangan anak sulungnya di pegang.
"Maafkan Izz mummy.. Izz tetap dengan keputusan Izz" kata Faiz lalu naik ke atas.
Datin Azian hanya melihat kepergian anak lelakinya dengan tangisan. Nak di pepah dah besar.
☁☁☁☁☁
"Untung betul kau Airis.. Dapat cuti kahwin.. Kalau aku.. Aku pun nak" keluh Damia seorang diri.
"Siapa yang kahwin?" tanya Mikail kepada Damia. Matanya kini statik ke arah Damia.
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...