Sudah seminggu berlalu kakinya juga semakin pulih. Hari ni dia akan memulakan praktikalnya sebagai seorang jururawat yang bertauliah. Bertauliahlah sangat. Pada awalnya dengar sahaja nama hospital yang dicadangkan itu sudah beria-ria dia memohon pertukaran.
Sebaik sahaja pertukaran dibuat dia terpaksa menerima hospital pilihan pertama tersebut. Jauh di pahang siapa nak! Dia bukan ada sedara mara di pahang. Lebih-lebih lagi dibangkang bersungguh-sungguh oleh kedua orang tuanya.
"Airis tak nak sarapan sekali ke?" kata Puan Farah sebaik sahaja melihat figura anak daranya yang seakan tergesa-gesa.
"Airis dah lambat ni ibu.. Lain kalilah ya" kata Airis lalu menyalam tangan ibunya. Sempat lagi dia mengambil sepotong kuih seri muka.
Lebih kurang setengah jam dia mengambil masa untuk sampai ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Dah lah lambat, nak cari parking lagilah lambat! Nampak sahaja satu petak kosong terus sahaja dia menuju ke arah itu. Entah dari mana muncul sebuah kereta sudah siap parking di tempatnya itu.
Pin! Pin!
"Kau tak nampak ke aku nak masuk! Dengan lampu pun tak bagi! Kau nak bayar ganti rugi ke kalau kereta aku calar!" desir Airis sebaik sahaja keluar daripada tempat pemandu.
Faiz yang mendengar kata-kata perempuan dihadapannya sudah menahan bengang. Pagi-pagi dah buat orang bad mood. Ada juga yang kena luku kepala dengan aku sikit lagi!
"Hello cik adik! Mulut tu tak ada insurans ke.. Kalau nak sembur tu, main sembur je.. Engkau tu macamlah bagi lampu nak main tuduh-tuduh pula" balas Faiz meluat. Perempuan ni lagi! Tak ada perempuan lain ke.
"Sekarang aku tak kira! Kau pergi cari petak lain.. Aku dah cop tempat ni dulu" kata Airis menahan amarahnya. Sempat lagi dibelek jam tangannya. Faiz terus menuju ke pintu masuk hospital. Pekikan Airis tidak diendahkan.
Airis yang bengang terus masuk ke dalam keretanya. Sakit pula hatinya bila tempat yang dia pilih dirampas oleh mamat senget ni! Sekali lagi dia terpaksa membuat U-turn untuk mencari parking. Dengan selamba badaknya meletakan keretanya di petak kosong itu. Kisah apa dia kalau orang nak marah ke tak!
Kakinya laju sahaja melangkah masuk ke dalam hospital itu. Sudahlah hari pertama tapi dia pula datang lambat.
"Ni semua salah mamat gila tu! Kalau dia tak masuk tadi sempat aku rasa!" bentak hati Airis selesai sahaja punch card.
"Nurse baru?" kata Damia sebaik sahaja masuk ke wad kecemasan. Matanya tidak lepas memandang raut wajah dihadapannya. Cantik! Kalah doktor Sofia.
"Ya.. Tapi boleh saya tahu tak dekat mana saya nak cari doktor yang bernama Ikwan ya" dengar sahaja nama lelaki yang diminatnya terasa segar matanya kini.
"Dia ada dalam bilik dia.. Awak ikut laluan ini lepas tu ambil belah kiri nanti nampaklah bilik dia" kata Damia panjang lebar. Perasaan cemburunya ditolak ketepi. Kerja Damia kerja!
Airis hanya menganggukkan kepalanya tanda dia faham. Laju sahaja kakinya menuju ke arah yang disebutkan oleh jururawat tadi.
"Masuk" kata suara di dalam. Airis membaca selafaz basmalah sebelum melangkah masuk ke dalam. Hatinya jangan dikatakan sudah mahu keluar pun ada.
"Maaf saya terlambat tadi.." kata-kata Airis dipotong laju.
"Tadi apa! Awak tu dah lah pekerja baru! Buatlah macam orang baru! Awak ingat saya ni ada masa ke nak tunggu awak? Kalau seminit dua okay lagi! Dah nak dekat 20 minit baru awak nak datang! Lebih baik tak payah kerja kalau macam tu!" desir Ikwan. Sempat lagi dia membelek wajah di hadapannya.
"Eh ni bukan perempuan yang Faiz rawat masa hari itu ke?" bisik hati Ikwan.
"Aku lambat bersebab bukan saja-saja.. Dia ni pun satu! Dengarlah apa yang aku nak cakapkan dulu! Ni tak, nak marah aku pula" kataAiris perlahan. Takut juga dia kalau kata-katanya didengari oleh doktor didepannya. Bebelan Ikwan dibiarkan seperti angin berlalu. Kalah ibu aku dekat rumah!
YOU ARE READING
CPD | Cinta Perisa Dia!
RomanceDia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali luka. Namanya secantik orangnya namun nasibnya begitu malang setiap kali menerima rawatan daripada seorang doktor yang bermulut laser di sit...