MR. KING CONTROL

28.2K 652 64
                                    


18 Mac 2020/ 20 March 2024

18 Mac 2020/ 20 March 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kerana dia lebih tahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kerana dia lebih tahu...

Hanya kerana barang yang dituduh ayahnya curi itu, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada ahlong tersebut. Namun siapa sangka, gara-gara barang tersebut juga Unierah menjadi budak suruhan kepada Haziq Huzaif saat dia mengetahui hutangnya dilangsaikan oleh lelaki itu.

Mengikut semua kemahuan Haziq seperti malapetaka menimpanya. Lagi-lagi lelaki itu sejenis King Control. Satu hari Unierah tak bengang dengan Haziq memang tak sah. Macam nak smackdown je lelaki itu jika dia punya kekuatan.

Tapi malang tak berbau, Unierah jatuh lagi di lembah kesedihan yang sama bila dirinya menjadi 'mangsa' ahlong itu. Dan sekali lagi, orang yang sama juga menghulurkan bantuan kepadanya.

"Aku nak kau jadi isteri aku, Unierah." -Haziq Huzaif

Menjadi isteri Haziq bukan senang. Mana taknya kalau lelaki itu dah bagi kata putus agar Unierah ikut segala arahannya sebaik sahaja mereka tinggal sebumbung?

"Keenam, aku paling pantang kalau peraturan yang aku buat tak diikut. Kau nak buat apa yang kau suka, dipersilakan. Kau tidur makan aje pun, aku tak kesah. Janji kau jangan sesekali langgar lima peraturan yang aku cakap tadi. So, you'd better train yourself to follow my rules from now on." - Haziq Huzaif

Bengang dengan suami yang kaki mengarah ni? Sudah tentu! Haziq memang suami yang pemurah, tapi bayaran kepada perkahwinan mereka ini ialah kebebasannya sendiri. Unierah tak boleh masak, tak boleh cuci kain, bersihkan rumah pun Haziq larang. Jangan cakap nak keluar rumah, itu salah satu perkara yang Haziq haramkan untuk dia lakukan. Sebulan setengah aje duduk dengan lelaki itu, Unierah rasa inilah titik hidupnya yang paling boring dia pernah rasa!

Namun siapa sangka, di sebalik perangai Mr. King Control Haziq tu ada rahsia besar yang lelaki itu sembunyikan daripada Unierah selama ini. Dan adakah Unierah Syar akan berdiam diri menurut segala telunjuk Haziq setelah mengetahui rahsia tersebut? Tidak sama sekali!

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now