Bab 07

6.3K 313 19
                                    

16 April 2020/ 01 May 2024

Seawal sembilan pagi lagi aku sudah keluar untuk ke mall

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seawal sembilan pagi lagi aku sudah keluar untuk ke mall. Tak lain tak bukan menyinggah ke Mid Valley yang terkenal di tengah ibu negara ini. Kali ini aku tumpang Abang Amin dan bukan driver tetap aku.

Abang Aiman tu tengah busy. Kena hadiri klub golf dia dengan papa itu. Patutnya pergi dengan papa, tapi papa cuma nak duduk kat rumah aje. Nak rehat katanya. Rehatlah sangat. Sebenarnya nak praktikkan 'masa berkualiti dengan mama' yang sebetulnya. Dah anak-anak keluar, tinggal dia orang suami isteri ajelah dekat rumah. Apa lagi yang dia orang boleh buat kalau tak berkuch-kuch hotai kat laman rumah, kan?

Tiba aje kat perkarangan mall, banyak kereta yang sudah berpakir di keliling kami. Lumrah kehidupan bandar.

"Abang nak cari barang apa?" Aku tanya lepas tolak pintu kereta. Keluar-keluar aje, bahang panas di kawasan parking kereta itu mengena kulit. Huh! Serius aku tak suka bila parkir bawah tanah ni. Rasa kena panggang hidup-hidup. Ini masih awal pagi. Cuba bayangkan tengah hari karang, memang bersaunalah cik ketiak.

"Barang projek abanglah. Unie mana tahu. Budak tak nak sambung sekolah, kan?" jawap Abang Amin, kemudian tutup pintu dia. Selamba aje dia jalan sebelah aku dengan muka 'pedulilah kalau Unie nak terasa pun.'

Terkebil-kebil aku pandang Abang Amin yang dah jauh ke hadapan itu. Haih, pagi-pagi lagi dah perli? Ini tak boleh jadi ni!

Aku kejar Abang Amin. Laju betul dia berjalan buatkan otot-otot kaki perlu digerak lebih. "Bukan tak nak. Cuma Unie tak nak keringkan duit poket papa. Menyusahkan aje nanti."

Menjawab juga kata-kata Abang Amin itu walaupun aku rasa aku dah ulang balik-balik jawapan yang sama. Abang Amin pandang aku. Sekadar memastikan yang aku masih berjalan di sisinya.

"Kenapa pula cakap macam itu. Unie tahukan Unie bukan beban untuk papa dan mama. Janganlah cakap macam Unie baru aje sebulan tinggal dengan kami." Sedikit dia tekan perkataan 'bukan beban' itu. Macam tak suka bila aku fikir yang aku bukan sebahagian daripada mereka.

Aku pun tak anggap aku bukannya sebahagian keluarga Datuk Azlan, tapi sebagai orang yang tahu asal usulnya, aku perlu juga rasa yang kehadiran aku ni sedikit sebanyak beri tekanan kepada papa. Aku cuma nak ingatkan diri sendiri yang aku ni tak boleh mengharap aje.

"Tahu Abang Min. Unie tahu..."

"Dah tu daftarlah masuk universiti. Sambung belajar balik. Kalau Unie rasa macam sambung belajar itu akan susahkan mereka, percayalah mereka lebih susah hati tengok Unie kerja siang malam macam orang yang terdesak nak cari duit." Nasihat Abang Amin. Gaya-gaya macam penasihat aku pula.

Aku pandang Abang Amin. Masa ini, kaki kami masing-masing terhenti di hadapan pintu lif. Dia tak perasan aku tenung dia lama. Apa yang Abang Amin teka itu memang betul. Unie memang tengah terdesak cari duit sekarang ini. Unie nak kumpul duit itu untuk bayar balik semua hutang arwah ayah. Dan sebab alasan itu juga, Unie tak mampu sambung belajar! Kalau Unie belajar, siapa yang nak cari duit untuk bayar balik barang yang arwah curi tu, Abang Min? Siapa yang nak langsaikan semua itu? Hati Unie ni tak akan tenang langsung selagi ahlong-ahlong tu tak ganggu Unie!

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now