Bab14

6K 307 47
                                    

18 May 2020/ 06 June 2024

Aku ingatkan kena paksa teman Haziq pagi-pagi Ahad ni dah teruk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku ingatkan kena paksa teman Haziq pagi-pagi Ahad ni dah teruk. Tapi aku buat kesimpulan terlalu awal sebab ada lagi rupanya yang lebih teruk. Hancur dua kali ganda mood aku hari ni lepas terserempak dengan manusia yang dah berjaya buat aku hilang nikmat menuntut ilmu tu.

Langkahku matikan apabila orang yang ada di hadapanku tiba-tiba sahaja berhenti. Opps... Sikit lagi nak bertembung tubuhku dengan belakang badannya. Nasib baik sempat break! Fuhh... Safe! Bila dah berhenti tu, kepala laju sahaja check keberadaan kami saat ini. D Empire? Eh, nak makan ke?

"Encik, bukan kita nak balik terus ke?" soalku sebelum Haziq mendekati pelayan lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu restauran itu.

"Ada aku cakap kita terus balik tadi?" soal Haziq balik. Memang bikin glotis bergetar keluhan. Aku geleng.

"Then? Kenapa kau nak tanya lagi?"

Jengkel benar nadanya itu. Tanda suruh aku jangan ganggu dia yang sedang berurusan dengan pelayan tersebut. Faham atas kemahuan Haziq, pelayan lelaki itu melebarkan tangan kanannya. Bersedia untuk menunjukkan meja kami. Laju aku ikut Haziq yang sikit pun tidak menghiraukan aku membuntutinya atau tidak.

"Encik, saya tak lapar." Beritahuku sebaik sahaja kami tiba di satu meja kosong. Meja khas untuk empat orang. Besar sedang-sedang, cukup selesa untuk kami berdua. Lokasinya betul-betul di tepi jendela kaca yang menunjukkan jalan tingkat enam mall Pavilion ini.

"Tapi aku lapar." Balas Haziq pula. Kerusi ditariknya lalu dia duduk tanpa masalah. Of course la kena ikut kemahuan mamat ais ibnu beku ni juga. Peduli apa dia dengan cakap orang lain? Pendapat dia lagi penting kut.

Suka tak suka, tapi terpaksa juga kepala kerusi itu kucapai. Duduk bertentangan dengan Haziq yang sudah membuka menu. Lepas tu, prosuder biasa untuk pelangan dan pelayan itu berjalan. Lepas duduk seminit dua di meja ni, datanglah pelayan untuk mengambil pesanan kami. Tak berlengah, Haziq membuat pesanan dengan cepat. Macam dah biasa sangat datang di restaurant ini. Belum pun aku ambil menu di hadapanku itu, pelayan tadi itu pun terus beredar. Aku terus pandang Haziq.

Lelaki itu menarik keluar telefonnya. Baru membalas semula renunganku.

"Kau tak lapar, kan?" tanya Haziq. Ceh, pelayan dah jalan baru nak tanya. Baik buat bodoh aje terus, tak adalah aku sakit hati sangat. Aku senyum plastik padanya, kemudian menongkat dagu. Pandang permandangan di luar itu.

Agak dengki dengan orang-orang yang sedang lalu lalang di luar restaurant ini. Bukan macam mereka, aku tak boleh buat pilihan sendiri kecuali kena ikut arahan Haziq. Teman dia makan pula tu! Kalau oderkan untuk aku sekali tak apalah juga. Ni paksa aku tengok dia mukbang sendiri. Sungguh, triple malang hari ni!

Tak sampai lima minit, pelayan tadi kembali semula ke meja kami dengan makanan dan air pesanan Haziq. Tu dia, makan lamb shank kau! Tubuh badan dia ni mesti sihat, kan? Mungkin tak ada sakit gout, bolehlah hadam daging tengah-tengah hari buta begini. Aku pun dapat sekali, tapi segelas air ajelah. Setakat complimentary. Salah aku juga, siapa suruh jual mahal tadi? Kan dah kena telan liur aje bila mamat tu dah mula melantak.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now