Bab10

7.2K 320 22
                                    

02 May 2020/ 15 May 2024
-

Tubuhku bangkitkan dari terus menunduk setelah selesai aku menjatuhkan tanda tangan di atas surat perjanjian itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tubuhku bangkitkan dari terus menunduk setelah selesai aku menjatuhkan tanda tangan di atas surat perjanjian itu. Encik Abu Bakar yang sentiasa duduk bersamaku di sofa itu mengambil kertas tersebut, kemudian disemaknya. Aku bersandar pada kepala sofa. Tak tahu lagi nak fikir apa melainkan fikirkan kehidupan aku di masa depan nanti. Macam baru selesai menjual roh aku kepada lelaki yang kelihatan puas melihat kehendakknya telah aku penuhi. Kini, aku terikat dengan Haziq. Apa-apa yang aku mahu lakukan selepas ini mesti fikir dua kali terlebih dahulu. Fikir tentang hutang aku kat Haziq, barulah kehidupan aku.

"Alhamdulilah, semuanya dah selesai. Cik Unierah, lepas ni kamu kena ingat yang kamu dah sign surat perjanjian ni dengan Encik Haziq. Apa-apa yang berkaitan tentang surat ni, kamu tak boleh langgar. Kamu fahamkan maksud saya?" Aku diam sekejap bila ditanya seperti itu. Ambil dua saat sebelum anggukkan kepalaku. Faham yang Encik Abu Bakar maksudkan.

"Thank you, uncle. If I need anything, I'll let you know." Dapat aku merasakan kemesraan antara dua lelaki ini apabila Haziq menggelar Encik Abu Bakar dengan panggilan uncle itu. Haziq menjabat tangan Encik Abu Bakar. Entah bila dia bangun daripada kerusi empuknya itu pun aku tak perasan. Tiba-tiba aje boleh berdiri dekat dengan aku dengan peguamnya itu.

Lelaki itu senyum. "Kamu pun, jangan diamkan benda yang dah nyata depan mata. Segerakan la benda yang dah diamanahkan. This is crucial, Haziq, because it's about your relatives. Kamu tak mahukan ada yang mengamuk kalau tahu perkara ni bukan daripada kamu sendiri?"

Haziq tak cakap apa. Namun riaknya itu bagai mengakui ada benarnya apa yang dikatakan oleh peguam tersebut. Aku tak faham apa yang mereka bualkan sebab tak ada kaitan denganku pun. Tapi aku pelik juga, kenapa nak bincang perkara privasi Haziq di depan aku? Tak takut ke mereka kalau-kalau aku ni bermulut becok pergi jajah cerita ni kat orang?

Hrmmm... Entah apa-apalah, janji aku boleh blah cepat-cepat dari sini. Tak perlulah hadap muka tembok mamat tu untuk hari ni.

Setelah semuanya selesai, Encik Abu Bakar berterima kasih kepada kami berdua. Sempat lagi dia mengucapkan selamat kepadaku. Apabila Encik Abu Bakar mula mengorak langkah menuju ke pintu, aku pun ikut jejak langkah lelaki itu. Jadi menyampah pula hirup udara kat bilik ni lepas Haziq perkecilkan pemberian aku tadi.

"Siapa cakap kau boleh keluar?" Ikutkan hati nak tahan pintu itu daripada tertutup, tapi tak jadi lepas dengar suara garau itu mencuri perhatian aku. Erk!

Terbantut langsung nak pulas tombol pintu itu. Terus tanganku keras menyisip di sisi tubuh. Lambat-lambat aku pusing belakang. Waktu itulah Haziq kembali semula duduk di kerusi kulitnya yang besar itu. Duduk lagak bos saat kaki disilang sempurna.

"Encik panggil saya ke?" Takut-takut aku tanya. Manalah tahukan dia bukan bercakap dengan aku? Mungkin dia tengah bercakap dengan dinding kat belakang aku, kan? Siapalah tahu, sebab dia dengan dinding tak ada beza. Keras, batu, pegun!

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now