Bab 31

6K 257 12
                                    

23 August 2020/ 06 September 2024

Mana Haziq ni? Ternanti-nanti aku berdiri di hadapan pintu rumah sendiri menjadi jagar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mana Haziq ni? Ternanti-nanti aku berdiri di hadapan pintu rumah sendiri menjadi jagar. Tunggu kepulangan Haziq yang tak kunjung tiba tu. Katanya dia akan balik pagi ini untuk bersarapan sekali. Ini dah masuk jam lapan dah ni, jangan cakap bumbung kereta, deruman enjin keretanya itu pun tak kedengaran. Mesej yang aku hantar jam enam pagi tadi pun tak terbalas lagi. Dia pergi mana ni?

"Encik, baliklah cepat!" mohonku sendiri. Ni bukan risau ke apa, ek! Jangan tuduh sembarangan. Aku tunggu ni pun bersebab. Kalau mama tahu Haziq tak tidur di sini semalam, aku ni yang kena pulas telinga tau!

"Kau buat apa ni, Erah?"

Kejung aku di tepi pintu tu. Makin mengeras bila orang yang menegur itu Kak Fasha.

"Kak Fasha, ergh... Erah tengok cuaca hah. Nak berdoa sikit supaya cuaca okey tengah hari karang. Mudah-mudahan majlis resepsi Erah dengan Haziq berjalan dengan lancar." Bohongku. Tercebik bibir wanita itu seraya menolak pinggangnya.

"Eh, majlis kau tu kan dibuat dalam dewan. Yang gedik sangat nak risau ni kenapa?"

Dah majlis resepsi aku, salah ke kalau aku nak risau? Terhingin aje aku berlaku lancang seperti itu. Namun apakan daya, aku ni lagi muda. Kalau aku melawan, kena canang dek mulut maknya itu di kampung nanti yang anak arwah Nizam ni kurang ajar, tak reti nak hormat orang yang lebih tua. Siapa dapat malu? Atuk dan nenek aku juga.

Haih... Malang betul dapat keluarga yang suka mengaibkan darah daging sendiri.

"Kalau dia risau pun kau kenapa? Berapa banyak duit kau yang dia guna untuk buat majlis tu?" Lagi seorang yang datang entah dari mana itu terus menyampuk. Tercegat Kak Fasha bila Abang Aiman berdiri di sebelahku.

"Abang Man ni, Fasha cakap aje. Lagi pun betul apa? Buat apa nak risau kalau dah majlis dia dalam dewan? Kusutkan fikiran aje nak risaukan benda yang tak perlu dirisau."

"Habis yang kau tu nak risaukan pasal adik aku risau tentang majlis resepsi dia, boleh pula? Sebelum kau nak ajar orang, cuba praktikkan kat diri kau tu supaya tak payah menyusahkan diri nak fikir masalah orang lain. Ini tidak, dia yang beria-ia nak membebel. Kalau ada hulur duit tu tak apa juga." Bidasan Abang Man itu buat Kak Fasha merengus kalah. Tak betah mahu bertikam lidah dengan Abang Man, maka terbubarlah slot gaduh mulut itu apabila dia angkat kakinya meninggalkan kami.

Aman sikit ruang ini bila seorang dah blah. Namun rasa tegang tu masih terasa bila muka bengang Abang Man tu belum pudar.

Belakang kepalaku garu-garu. Canggung.

"Ermm... Terima kasih Abang Man sebab bela Unie." Setelah sekian lama kami tak bercakap, nak mulakan perbualan tu pun jadi payah! Hampir tekehel lidah aku padahal bukan kena berkomunikasi dalam bahasa Arab pun.

Abang Aiman melepaskan nafas kasar sebelum tubuhnya itu dipeluk.

"Abang tak suka dengar dia orang buruk-burukkan adik abang. Lagi-lagi apa yang dia orang cakap tu memang sengaja nak sakitkan Unie. Abang tak akan biarkan benda tu berlaku dalam rumah ni."

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now