Bab 12

6.5K 304 35
                                    

10 May 2020/ 22 May 2024

No Italic~

Beg sandang aku buka laluku letakkan di bawah kaunter. Tunggu sesaat dua barulah nafasku tarik panjang. Exhausted! Perkataan itu sahaja yang mampu menggambarkan situasi sekarang ini. Mana taknya kalau lepas sahaja aku jeling jam tangan tadi, ada tinggal lima belas minit lagi sebelum waktu rehatku tamat. Maka berdesuplah kaki berlari keluar dari Syarikat Celer tu kemudian gabra mencari Grab car. Mahu cepat-cepat balik ke kafe sebelum Abang Mustaqim perasan yang aku tak ada.

Kepala aku lentakkan di hujung kaunter. Lesu rasa seluruh sendi-sendi tubuh lepas aku dapat duduk begini. Pergi syarikat Haziq tu bukan aku boleh berehat sekejap pun. Semua benda aku kena buat ikut list yang dia senaraikan itu. Lepas hantar makanan dia, bilik pejabatnya itu perlu dikemaskan. Tak habis dengan itu, aku diarahkan pula untuk potostait beberapa dokumen-dokumen syarikat tu. Tak faham aku. Dia nak aku buat kerja-kerja tu sebab dia nak rekrut aku masuk kerja dengan dia ke apa?

Tapi lepas aku curi pandang muka berlagak mamat tu, aku tak rasa Haziq berniat begitu. Jadi aku syak dia memang sengaja nak aku buat benda-benda tu. Selain daripada dia berjaya kurangkan kos untuk cari tea lady baru, tengok muka terdera aku ni pun mungkin satu kenikmatan bagi dia.

Krukk… Tangan turun ke perut yang berbunyi. Baru sedar yang aku tak makan lagi. Tak sempat pun aku singgah mana-mana restauran tadi nak beli lunch. Nak sempat macam mana kalau tak sampai dua belas minit aje lagi masa rehat aku? Sampai kafe ni pun ngam-ngam aje tadi. Bibirku cebik bila sekali lagi perut berkeroncong. Laparnya…

Kepalaku angkat apabila ada seseorang yang mematikan langkah di sebelahku. Leon rupanya. Kehadirannya itu diikuti sebungkus sandwich dan sebotol mineral kecil lalu dia letakkan di hadapanku. Aku tenung dua benda alah tu sekejap sebelum menompang dagu. Motif bagi sandwich ni?

“Kau belum lunch lagi, kan? Nah, makan ni. Jangan risau, sandwich ni halal. Aku beli kat restauran belakang tu.”

Segera tubuhku tergakkan semula. Dia belikan makanan untuk aku? Susah-susah ajelah apek ni. Siap ambil syarat halal toyiban pula itu. Panjang senyuman aku pada Leon. Macam tahu-tahu pulakan yang perut aku ni tengah bersyahir kelaparan.

“Macam mana tahu yang aku belum makan ni? Letak GPS eh?”

“GPS ngok kau. Muka kau tu kalau dah masam lesu tu, radar kimia berbahaya tu boleh merebak sampai seluruh pelusuk kafe ni. Bahaya untuk hidup sejagat! Jadi aku yang baik ni tolong selamatkan pelanggan kita. Dahlah, kau makanlah cepat sebelum ada pelanggan baru masuk.”

Tergelak aku dibuatnya mendengar bebelan Leon itu. Amboi, sempat mengutuk aku lagi tu. Terus terang ajelah kalau aku ni jelek sangat di pandangan dia.

“Terima kasih Leon. Berapa ni?” Segera aku buka getah merah pada bungkusan plastik sandwich itu. Syukur, hari ni aku tak perlu berlapar.

“Kau makan ajelah. Aku belanja,” balas Leon. Lantas topi atas kepalanya itu dia perbaiki. Kemaskan lagi penampilanya sebagai pekerja yang berdedikasi.

Kian melekuk lebih bibir aku. Bermurah hati pula pakcik ni hari ni. Kenapakah? Dapat ong ke atau dapat amoi baru?

“Aww… Sayang Abe Leon kita ni tau. Lurve… sangat dengan sikap caring tu.” Ujarku siap tolak bahu Leon dengan hujung botol mineral itu.

“Heih, gelilah!” Automatik mengeletis cacing tubuh lelaki itu. Geli sungguh-sungguh tu kalau tubuh pun ikut sekali dengan rengusan kecilnya. Naik seoktaflah tawaku bila aku dapat kenakan dia. Langsung tak makan pujianlah dia ni. Nak tunjuk yang aku sayang dia pun tak boleh kalau Si Leon ni bukan sejenis manusia yang suka word of affirmation tu.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now