Bab18

6.1K 308 25
                                    

31 May 2020/ 03 July 2024

No italic

Mask dan beg sandang itu aku campak di atas sofa sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah. Punggung dijatuhkan di sofa yang sama seraya tubuhku dibiar tersandar lesu. Mental dan fizikal aku, dua-dua aku rasa barai hari ni. Dahlah kena marah Abang Mustaqim pagi tadi, sebelum balik pun telinga aku dicuci lagi. Bercalar berganda-gandalah emosi aku.

Bayangan aku yang terpancar dari kaca televisyen itu mengingatkan aku kepada sesuatu. Poket terakhir beg sandang itu aku seluk lalu keluarkan telefon pintarku. Skrin telefon ditenung. Jam dah menunjukkan pukul enam petang, namun tak ada pun tanda-tanda notifikasi dari aplikasi WhatsApp itu naik.

Masuk hari ini, sudah seminggu juga Haziq tak menghubungi aku. Kali terakhir kami berjumpa waktu dia hantar aku balik ke rumah ini. Itu pun tak ada apa yang nak dicakapkan. Dia lagi banyak diam. Macam tengah fikir sesuatu. Dan sehinggalah hari ini, Haziq tak panggil aku untuk buat kerja di Syarikat Celer tu seperti kebiasaannya.

Entah kenapa, tapi hati aku kuat mengatakan yang dia mahu bagi ruang bertenang untuk aku buat seketika. Kalau betul, terima kasihlah dengan kebaikan dia tu. Sekurang-kurangnya, aku tahu jugalah lelaki spesies Haziq tu punya rasa simpati.

"Adik mana?" Suara mama yang bertanyakan tentang aku itu kubiarkan sahaja. Tak rasa nak menoleh pun. Dua detik juga, barulah suara Abang Aiman kedengaran menjawap soalan mama.

Tak lama lepas tu, sofa itu terasa bergegar bila ada orang yang melabuh punggung di sebelah aku.

"La, monyok aje ni. Kerja okey tak ni?" Pahaku ditepuk mama untuk menarik perhatian aku.

Aku paksa senyum.

"Alhamdulilah, ma." Tak mahu balas yang aku okey sebab tu dah kira menipu. Jadi alhamdulilahkan ajelah. Buruk baik keadaan, mana-mana pun sebagai manusia aku kena bersyukur.

"Baguslah kalau macam tu. Ni, mama nak cakap sikit pasal hari tu." Lagi sekali pahaku ditampar. Siap suara mama pun bertukar ceria. Haih, macam ada sesuatu aje. Lagi-lagilah senyuman menyeringai mama tu tiba-tiba menghiasi wajah. Sah ada yang tak kena.

"Pasal apa, ma?"

"Pasal kahwinlah. Ni, mama ada jumpa seorang kenalan baru ni masa kat event AKI hari tu. Kacak orangnya. Hidup dia pun nampak terus. Kerja pun bukan calang-calang. Unie nak kenal tak?"

Ah sudah. Kenapa pula boleh tiber sangat topik perbualan mama ni?

"Ma, sejak bila kita pernah berbual pasal kahwin ni?" Tak senang duduk pula aku dibuatnya.

"Haih, kan kamu cakap kat mama hari tu tak ada yang nakkan kamu? Dah kebetulan sangatlan mama kenal anak angkat Datuk Jalil tu. Mama tengok dia tu, elok benar budaknya. Kalau kamu nak cuba-cuba kenal, mama boleh aturkan pertemuan kamu dengan Ziad Zaidi tu."

Sampai nama penuh mamat tu pun mama dah tahu, sah lagi sahih mama dah jatuh berkenan dengan makhluk ZZ tu! Rasa nak hempas dahi aku di meja kopi dengan kebodohan aku sendiri. Waktu nilah nak persoalkan kenapa aku boleh cakap bukan-bukan hari tu. Tengok, diri sendiri yang susah!

"Erk... Tak naklah, ma. Unie masih terlalu muda untuk semua tu." Tolakku. Baru nak berura-ura bangun, tapi ayat mama tu mematikan tingkahku.

"Muda bukan alasan kamu tak boleh berkenalan dengan sesiapa, kan? Lagipun umur kamu tu pun dah sesuai untuk bernikah, apa salahnya kamu berkenalan dengan dia? Cuba-cubalah kenal hati budi dia dulu, siapalah tahu sesuai?"

Ayat perangkap tu. Kalau aku setuju, mahu 'cuba-cubalah kenal hati budi tu' akan bertukar ke 'cuba-cubalah kenal hati budi keluarga dia' pula. Memang tak boleh bagi muka ni, karang melalut-lalut jadinya. Alangkah baiknya kalau sekarang ni Haziq tiba-tiba sampai seru nak suruh aku buat sesuatu untuk dia. Lagi sanggup aku ikut arahan lelaki tu daripada kena bebel mama pasal jodoh.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now