Bab 29

6.7K 329 15
                                    

20 August 2020/ 29 August 2024

20 August 2020/ 29 August 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Atuk." Mendengar sahaja suaraku, lelaki kurus itu pusing belakang. Lekas-lekas atuk menghabiskan puntungan rokok daunya itu terus sebelum dia mencucuh puntung rokok itu ke dalam abu rokok.

"Erah, kenapa kamu turun bawah ni?" Ditepuk-tepuk tangan sendiri untuk menghilangkan sisa rokok daunya tadi.

Atuk aku dekati lalu memeluknya manja. Ada bau rokok daun sikit, tapi tak apalah. Bukan aku tak tahu atuk aku ni penggemar tegar rokok yang diperbuat daripada daun nipah tu.

"Cari atuk Erah ni la." Berkerut wajah atuk. "Yang kamu cari aku ni kenapa?"

"Erah nak manja-manja dengan atuk la... Besokkan Erah dah nak kahwin. Tak boleh lagi bermanja macam ni kalau dah jadi isteri orang."

Pelukan aku itu renggang sebaik sahaja atuk menolakku sedikit jauh.

"Siapa cakap? Memandai-mandai aje. Kalau pun kamu dah ada cicit nanti, kamu tetap cucui aku tau?" Tegas atuk. Lebar senyuman aku mendengarkan itu. Dari aku budak kecik hinggalah ketua bangka macam ni, kasih sayang yang atuk limpahkan kepadaku tak pernah nak berkurang. Malahan, kian melimpah ruah. Rasalah cucu terpaling istimewa tu kejap.

"Sayang atuk." Tubuh yang terasa susutnya itu aku peluk lebih erat berbanding tadi. Tanpa dibalas apa-apa, kepalaku digosoknya lembut. Tanda dia juga menyaingi aku.

Dalam atuk melambai beberapa pekerja-pekerja yang mahu balik itu sebagai tanda terima kasihnya, aku teringatkan sesuatu.

"Atuk... Atuk... Nak tanya sikit, boleh?"

"Tanya ajelah."

"Hrmm... Atuk rasa Haziq tu okey tak?"

"Bakal suami kamu tu kan?"

Haih, nama Haziq pun tak ingat ke? Aku geleng.

"Tak adalah. Tukang kebun yang mama upah nak jaga bendang dan dusun atuk tu." Ujarku. Berloyar buruk. Namun bila wajah atuk itu bertama kedut cuba mencerna kata-kata aku itu, aku mengela panjang.

"Eee... Bakal suami Erah la, siapa lagi?" Beritahuku.

"Kamu tanya aku buat apa? Manalah aku nak ingat nama dia. Bukan aku yang gatal nak kahwin dengan lelaki tu."

Segera aku lepaskan pelukan. Tenung wajah atuk yang tak berperasaan itu.

"Atuk tak suka eh?" Ayat atuk tu macam mengeyakan aje.

"Kamu yakin ke kamu nak kahwin dengan Haziq tu?"

"Yalah. Persiapan dah sedia semuanya." Takkan aku tak serius kut. Menangis mama kalau aku cakap aku main-main aje nak kahwin selama ni.

Tanganku yang kekal melingkar di lengan atuk dileraikan lalu dibawa ke dalam genggaman tangannya.

"Kalau macam tu, kamu kena janji dengan diri sendiri. Jaga rumah tangga kamu ni baik-baik. Tanggungjawab kamu terhadap suami kau, jangan sesekali culas nak dibuat. Apa yang dia nak kamu buat selagi tak melanggar hukum Allah, tak melarang fitrah kita sebagai manusia, tak sakitkan kamu, dia, dan masyarakat sama ada fizikal mahupun mental, kamu kena patuh."

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now