Bab 53

5.4K 334 84
                                    

3 February 2021/10 October 2024

"Puan!" Bersamaan dengan jeritan itu, tubuhku terkambus di dalam pelukan hangat Aurora yang teruja menyambut kepulangan kami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Puan!" Bersamaan dengan jeritan itu, tubuhku terkambus di dalam pelukan hangat Aurora yang teruja menyambut kepulangan kami.

"Puan dan tuan bercuti, ya? Sebulan ke Australia, best tak?"

Australia Haziq cakap kita orang pergi? Hrmm... Nampak benar pembongak handalan suami aku tu sampai ke negara lain dia cakap kami pergi bercuti. Sinis sahaja jelinganku mengikuti dia yang menarik bagasiku masuk ke dalam rumah.

"Saya ada beli ole-ole untuk kau orang semua. Nanti minta puan ya." Kata Haziq yang sempat mendengar bicara kami tu. Waktu ni, aku berpelukan dengan Kak Syaz.

Tengok, sampai ole-ole pun dia sempat sediakan! Memang betullah pakcik ni hebat bab-bab mereka muslihat ni. Tak hairanlah kenapa aku senang sangat discam, percaya bulat-bulat yang Luq dengan Coby tu memang ahlong. Rupanya bapak ahlong ni punya kerja!

Aku berharap sangat ole-ole yang dia cakap tu dibeli dikedai dua ringgit atau pasar malam. Biar malu terus depan pekerja dia ni.

"Puan nak makan apa-apa ke? Mungkin nak makan nasi lemak?" Ceria wajah Kak Syaz bertanya.

"Yalah, kan? Lama di luar negara mesti rindu nak rasa makanan negara sendiri." Aurora yang tampak berfikir lama sendiri itu menyapuk. Baru faham kenapa Kak Syaz boleh sebut makanan utama rakyat Malaysia tu.

"Hmm... Boleh juga. Saya pun dah lama tak makan nasi lemak. Pusing-pusing Australia tu tak jumpa langsung kedai nasi lemak!" Aku gelak. Sempat perli Haziq di hujung ayat. Pusing Australia la sangat, kita orang ni banyak pusing cerita aje!

Selesai berhuhahuha di bawah, aku terus naik ke tingkat dua. Nak rehat seorang diri dalam bilik aku tu. Sampai-sampai sahaja di bilik sendiri, asid wajahku merembes dua kali ganda. Mana taknya bila Haziq dengan senang hatinya duduk-duduk di sofa bilik aku ni sambil menelaah telefon pintarnya. Dia ni dah nyanyuk ke? Lupa yang di dalam rumah ni kita orang tidur asing-asing?

"Keluar." Masuk bilik itu, ayat perintah itu aku guna pakai. Pintu bilik pun aku buka seluas yang mungkin. Buat Haziq tu macam ajnabi bila aku tak sudi untuk berdua-duaan dengannya.

"Rumah aku, suka hati aku la nak duduk mana pun." Selamba lagi santai jawapan dia itu. Siap naikkan sebelah tangannya di kepala sofa. Macam tengah tunggu awek cun duk melekat di ketiaknya itu.

Kalau itu permainannya, baiklah. Daripada tak kesah dengan kehadiran aku, Haziq juga yang tampak gelabah bila aku capai bagasiku semula. Tarik sampai ke luar bilik lalu pintu bilik aku tutup. Tak peduli pun bila nama aku dipanggilnya ketika aku mahu masuk ke bahagian lift tu.

"Unierah, aku gurau aje. Janganlah macam ni." Pohonnya ketika dia berdiri di sebelahku.

"Emosi saya sekarang ni tak stabil, encik. Jadi jangan cabar saya." Tanpa rasa aku memberi amaran itu. Penat sangatlah nak marah-marah guna emosi. Tak pasal-pasal pengsan lagi aku macam bulan lalu. Disebabkan terlampau terkejut mendengar kebenaran daripada mulutnya itu, tubuhku langsung shut down serta-merta. Sekat segala emosi yang menyerbu aku dalam satu masa.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now