Bab 50

7.5K 400 188
                                    

02 January 2021/09 October 2024

Aku tak tahu macam mana cara yang terbaik untuk proses apa yang dah jadi pada malam tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tak tahu macam mana cara yang terbaik untuk proses apa yang dah jadi pada malam tersebut. Semuanya berlaku dengan pantas. Informasi juga terlalu banyak yang aku dapati daripada dialog Haziq dan lelaki itu.

Apa yang dia maksudkan aku tahu siapa bos mereka?

Apa yang dia maksudkan dari awal lagi aku dah terlibat?

Apa group yang lelaki itu maksudkan? Group Haziq dengan siapa?

Dan soalan paling penting, siapa aku yang sebenarnya?

Teramat banyak persoalan yang lelaki itu timbulakan. Sampai aku keliru mana satu perkara yang perlu aku bincangkan dengan Haziq dulu? Namun sehingga hari ini kami tak cakap apa-apa pun. Tidak pada apa yang dah jadi, tidak juga pada dialog mereka itu.

Bukan Haziq yang mengelak daripada berbincang tentang percubaan mencolek aku tu, tapi aku ni yang tak mahu. Seboleh-bolehnya bukan sekarang. Walaupun aku nak sangat selidik apa sebenarnya yang sedang berlaku, namun aku kena beringat sikit. Setiap orang punya limitnya, dan aku rasa cukuplah aku tahu sampai sini dulu tentang maklumat-maklumat tu.

Otak aku ni dah terlampau tepu dan trauma untuk mencerna apa-apa lagi berita yang mengejutkan daripada Haziq. Impak daripada kejadian itu menyebabkan setiap kali aku pejam mata, aku akan diganggu dengan mimpi yang bukan-bukan. Mujurlah Haziq ada untuk tenangkan aku bila aku meracau panggilkan dia. Dan mujur juga kejadian tersebut tak mengundang anxiety Haziq sepanjang kami berada dalam misi menyembunyikan diri ini.

Dong! Dong! Dong!

Panggung kepala, jam dinding besar yang selesai berbunyi tiga kali ituku tenung. Jarum jam pendek tunjuk angka tiga, menandakan hari ini sudah masuk ke jam tiga petang. Cinnimon Roll yang baru sahaja aku keluarkan daripada ketuhar itu aku bubuh gula aising di atasnya. Bukan sahaja gula ni menaikan seri rupa cinnimon roll ni, malahan ia membantu untuk buat hasil kerja aku ni nampak lagi menyelerakan. Sama terus rupa cinnimon roll aku ni macam cinnimon roll yang dijual di Book's Café.

Semenjak tiga hari lalu, masak dan baking macam ni ajelah kegiatan yang mampu aku lakukan untuk alihkan fikiranku daripada berbuat sangkaan yang tidak-tidak. Sekurang-kurangnya, tekanan aku akan berkurangan tiap kali tengok Haziq sihat walafiat makan hadapan aku.

"Encik, nak makan?" Haziq yang baru sahaja turun dari bilik kami itu aku tegur mesra. Biliklah sangat, sedangkan ruang di atas tu tak punya dinding pun yang boleh menjaga privasinya daripada ruang bawah ini. Kalau ada tetamu kat ruang tamu datang, tentu-tentu tetamu boleh menjengah orang rumah tuan rumah di atas.

"Saya ada buat cinnimon roll ni. Kita mengeteh jom?"

Aku senyum lebar bila Haziq datang ke meja makan yang bersambung terus dengan dapur ini. Dia yang menarik bangku yang ada di sebelahku itu hanya menjadi pemerhati bila aku menghidangkan minuman petang untuknya. Entah apa yang bermain di fikiran Haziq tengok aku tersengih-sengih begini.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now