Bab 52

6K 337 26
                                    

25 January 2021/09 October 2024

Orang kata alam rumah tangga ni mula-mula aje berjanam-janam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Orang kata alam rumah tangga ni mula-mula aje berjanam-janam. Tiap-tiap hari jadi hari yang membahagiakan. Cuba tunggu tiga empat tahu lagi, akan mulalah penampakan rekah sana sini masjid yang dibina tu bila terbau kehancingan sikap sebenar pasangan masing-masing. Tapi dalam kes kami tak payah tunggu setahun pun, enam bulan dah cukup untuk aku tahu perangai keji Haziq!

Walaupun pada dasarnya, aku hairan sebenarnya kenapa dia perlu luahkan semua itu kepadaku sedangkan kami dah sampai titik bahagia tu. Mungkin rasa bersalah kepada aku tu buatkan dia begitu? Tak nak hipokrit barangkali? Huh, taburlah apa pun alasan untuk menjastifikasi perbuatannya itu, pada dasarnya Haziq tetap buat salah. Dia tetap hipokrit!

Lama aku bertelengku di atas sejadah itu. Minda aku sekarang ni bercelaru yang amat. Atmosfera di rumah ini pun tak membantu langung. Makin buat aku stress adalah. Mana taknya kalau tiap-tiap kali buka mata, orang yang tengah aku lancarkan perang dingin itu ada di mana-mana. Dahlah pakcik tu kacau aku setiap masa, macam mana aku nak meluruskan fikiranku untuk mengambil langkah yang terbaik untuk keluar daripada masalah ini?

Maksudnya: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Surah al-Talaq: 2-3

Bila dah tak tahu nak buat apa, satu-satunya jalan yang boleh aku buat dengan memperdekatkan diri dengan yang Maha Esa. Tak kira siang, petang, atau malam, mulutku ini asik berdoa. Solat istikarah yang aku bersungguh lakukan dulu untuk meminta pertolongan-Nya untuk membuat pilihan itu aku laksanakan sekali lagi. Tujuan yang sama, untuk orang yang sama.

Bertanya, betulkah menjalani kehidupan ini yang terbaik sedangkan di mata hambaku ini cuma melihat perkahwinan kami ni hanyalah jalan mati. Pusing mana-mana pun, aku tetap tak boleh fikir yang baik-baik pada Haziq tu. Dan hari demi hari, perasaan benci itu makin meresap di dada. Punca aku nak naik mental tiap kali melihat kelibatnya!

Buntu, aku betul-betul buntu sekarang ini.

"Hi, love." Mengeras tubuhku bila dengar suara itu.

"Teka apa yang aku bawa hari ni?" Haziq yang baru sahaja muncul itu duduk di sebelahku.

Aku yang baru sahaja menyelesaikan ayat terakhir Surah Ash-Sharh itu berkerut dahi apabila sejambak bunga berwarna biru tiba-tiba muncul di atas ribaku. Tak hairan pun kepulangan Haziq itu dibawa sekali dengan bunga berbatang-batang begini. Dua hari lalu pun dia buat benda yang sama juga. Berusaha keras untuk memujuk aku, tapi satu pun tak menceriakan aku. Aku rasa hambar, nak marah pun ada juga bila dia macam tak faham yang aku tak mudah dibeli dengan pujukan begini.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now