Bab 09

6.1K 329 44
                                    

28 April 2020/ 08 May 2024

“Abang Taqim, Unie pergi dulu!” Aku beritahu Abang Mustaqim yang sedang menyelak-nyelak beberapa dokument balance sheet tu. Dia sekadar angkat tangannya menerima pamitanku. Abang Mustaqim tu merupakan manager kafe ini. Orang kepercayaan kuat big bos kut, maka aku kenalah menambah ekstra baik kalau berada di hadapan anak buah bos tu. Nampak bebenor tak ikhlas buat baik. Plastik!

Pemegang pintu aku tarik, namun suara besar seseorang yang memanggil aku itu membatalkan tingakahku. Kerutkan sedikit kening apabila Leon berlari anak mendekati.

“Kau yakin ke nak pergi ni?” soalnya berbaur risau. Tak payah cakap suara kalau muka putih melepak dia itu pun dah tunjukkan yang dia tak senang duduk bila aku beritahu yang aku nak jumpa Haziq.

Pintu itu aku tolak lalu ia tertutup.

“Aku kena pergi juga, Leon. Tempoh dua minggu yang Encik Haziq bagi itu dah tamat.” Aku sudah jelaskan kepadanya tentang ‘hutang’ yang dibayar cash oleh Haziq itu. Ingatkan kuranglah kebimbangan Leon, rupanya reaksinya berbeza. Makin bertambah pula kerisauannya itu.

“Kau tak takut ke? Macam mana kalau dia pun sama aje dengan ahlong itu?” Syak wasangka yang diikuti dengan ayat menakut-nakutkan itu memang sengaja mahu dikatanya supaya aku batalkan niatku.

Tiga cawan cup kopi itu aku pegang betul-betul sebelum mengeluh perlahan. “Aku tak rasa dia macam itu, Leon. Mungkin perbuatan dia tak ada beza pun dengan ahlong-ahlong itu, tapi sekurang-kurangnya Encik Haziq bantu aku.”

“Bantu kau?! Kau gila ke Unie? Dia itu datang entah dari mana, tiba-tiba pula boleh selamatkan kau. Lepas itu mengaku dah bayar semua hutang kau, kau tak boleh fikir dengan rasional sikit ke ada sesuatu yang tak kena dengan dia itu?” Suara Leon mulai naik. Tak puas hati bila aku pertahankan lelaki itu.

Dapat aku cam garisan halus di bawah matanya itu. Marah betul dah dia ini. Dan nampaknya, tindakkan aku selepas ini pun akan buat marahnya makin menjadi-jadi.

“Aku kena pergi juga.” Sejurus dengan itu, pintu terusku tarik lalu keluar laju. Tak ada masa aku nak elaborate panjang-panjang kalau pada akhirnya, aku juga yang akan dimarah balik.

Jauh sedikit kaki melangkah meninggalkan kawasan kafe, aku pusing balik untuk pandang Leon. Bayangan lelaki itu dah tak ada. Balik nanti, tahulah aku nak pujuk dia macam mana.

Uncle, pergi tempat ni ya.” Masuk-masuk aje dalam Grab car tu, aku terus tunjuk alamat yang Ilham kongsikan kepadaku.

Kata lelaki itu yang bosnya mahu jumpa aku di officenya sebab Haziq betul-betul sibuk dan tak boleh keluar ke mana-mana minggu ni. Tak boleh keluar ke mana-mana? Musykil aku dengar ayat itu. Dia buat kerja ke, dia tengah duduk kat penjara sebenarnya?

Bunyi enjin kereta yang diperlahankan itu buatkan aku buang pandangan ke tingkap kereta. Jalan kini dipenuhi dengan bermacam-macam jenis kenderaan. Tak kesah kereta mahupun motosikal, semua kena berhenti bila lampu isyarat menunjukkan warna merah. Aku mendagu pula. Fikikan tentang aku diselamatkan lagi sekali oleh orang yang sama.

Seminggu lalu, lepas sahaja aku jumpa dengan Azie semula, kawan baik aku itu serta-merta ucap syukur dan peluk aku. Wajahnya benar-benar takut dan bimbang. Bila aku tanya ada sesiapa tak yang ikut dia? Azie menidakkan, tanda yang keselamatannya terjaga. Dan itu membenarkan kata Haziq yang aku merupakan target lelaki itu.

“Siapa?” Azie sibuk nak tahu lepas dah habis sesi bimbang-membimbangi. Aku pandang dia, tahu siapa yang dia maksudkan dengan pertanyaan ‘siapa’ itu. Mestilah Haziq yang secara tiba-tiba boleh beriringan dengan kami ini.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now