Bab 28

6.6K 400 43
                                    

19 August 2020/ 20 August 2024

Kawasan dewan yang hiruk-piruk dengan suara-suara manusia yang bercampur itu menjadi permandanganku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kawasan dewan yang hiruk-piruk dengan suara-suara manusia yang bercampur itu menjadi permandanganku. Muka-muka yang bersama-sama denganku menghadiri kursus di dalam dewan tadi kelihatan sedang menuju ke kereta untuk mengambil haluan masing-masing sama ada mahu melanjutkan aktiviti mereka pada hari ini, ataupun macam aku yang berniat mahu terus balik ke rumah.

Aku yang berjalan beriringkan Hasna di sisi itu sekadar menonton gelagat kawan-kawan sepenuntut ilmu perkahwina itu. Banyak daripada mereka masih duduk dan berbicara tentang apa yang dipelajari di dalam kursus kahwin tadi. 

Yang perempuan ada yang berwajah ceria membincangkan itu ini dengan kawan sekursusnya. Mungkin tengah melakarkan bayangan tema pilihan kahwinnya nanti. Yang lelaki pula sibuk berkumpul, mendengar serius hujah moderator lelaki yang di berada di tengah-tengah tu. Tangan masing-masing diangkat jadi kalkulator, kira-kira bertutorialkan moderator mereka itu. Mungkin tengah kira macam mana nak cukupkan hantaran kahwin. 

"Unie." Bahuku yang terasa dicuit itu buatkan aku pandang Hasna di sebelah.

"Kenapa?" Bersertakan soalan itu, keningku naikkan. Bertanda tanya. Dan senyuman renyeh Hasna dijadikan sebagai balasan.

"Kau kata lepas aje kita ambil kursus kahwin ni, kau akan bagitahu aku sebab apa kau nak ambil kursus ni cepat-cepat. Sekarang ni kita dah ada sijil kursus kahwin tu, jadi giliran kau pula cerita kat aku sebab apa kau nak sangat ambil kursus kahwin sebelum habis bulan ni?"

Terangkat-angkat kening wanita itu. Menuntut jawapan.

Adeh... Aku lupa pula tentang hal ni. Alangkah baiknya kalau Azie yang aku dapat tarik ke kursus kahwin ni dan bukannya Hasna. Tapi masa-masa aku memerlukan dia jugalah minah tu ada ada aktiviti outreach di Pahang. Terpaksalah aku tanyakan kepada kawan-kawan sekerjaku kalau ada sesiapa yang tak pernah dan mahu mengambil kursus kahwin bersamaku hari minggu ini.

Dalam banyak-banyak wanita yang beragama Islam, Hasna sahaja yang belum pernah ambil kursus kahwin dan available hari minggu ni. Tapi nak ajak minah ni kena ada habuannya. Syaratnya aku mesti cerita kat dia kenapa tanpa angin, tanpa petir, mahupun ribut aku tiba-tiba nak pergi kursus kahwin. Huh, ikut aku tak ikhlas langsung!

"Sebab aku nak kahwin la, apa lagi." Bersahaja aje aku jawab. Berlaku jujur aje tanpa ada sebarang bermuslihat. Boleh jadi ini merupakan kali terakhir aku akan luangkan masa dengan Hasna sebab lepas ni, aku akan berhenti daripada berkerja di Book's Cafe sepenuhnya. Ini pun atas permintaan Haziq sendiri dan tak ada sebarang membantah pun daripada pihak aku.

Abang Mustaqim pun bagi sokongan penuh terhadap keputusan aku ni. Tahu sangat yang aku ni memang dah tak ada tempat di kafe tu. Alah, aku ni kan dah julang pingat pekerja paling bermasalah tahun ni. Mana tak lompat bintang mamat tu bila aku cakap nak berhenti. 

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now