Bab15

6.3K 292 37
                                    

21 May 2020/ 12 June 2024

No italic

“I can't believe that you are exactly the same as people say! Worst person ever! Kalau I tahu yang you akan buat I macam ni, tak hingin pun I nak kenal dengan you! We're end!”

Aku yang baru berhehehaha dengan dua pekerja marketing yang turut naik di tingkat tertinggi ini turut terkejut apabila ketibaan kami disambut dengan jeritan liar seorang wanita. Apa-apaan ini? Drama Akasia TV3 ke?

Bukan sahaja aku, malahan pekerja-pekerja yang berada di meja sendiri pun panjangkan leher masing-masing untuk tonton drama tersebut. Reaksi mereka juga seperti aku, terpingga-pingga. Seperti tidak mengagak perkara itu akan berlaku. Dalam tengah ternanti-nanti itu, seorang wanita tinggi keluar dari arah bilik Haziq. Pintu lelaki itu dihempas kuat. Kuatnya sampaikan rambut panjang wanita itu boleh terselak sekali ke belakang mengena angin hempasan itu.

Puas melepas marah, wanita itu berjalan penuh amarah di jalan yang bertentanganku. Tanda yang dia mahu beredar dari ruangan ini. Sempat aku tilik rupa paras wanita itu ketika melintasi aku. Cantik bak hang! Dari hujung kasut, sampai ke hujung rambut, cukup perfect 10 wanita itu menjadi wanita igauan para lelaki. Wangi dia pula, semerbak flora tu yang tertinggal. Bajet-bajet YSL ni.

Baru kepala nak ikut langkahnya, wanita itu boleh pula menundurkan diri ke belakang. Berhentinya pula betul-betul di sebelah aku. Bila angkat kepala, jelingan tajamnya menusuk langsung ke wajahku. Erk!

“Ni makanan Haziq ke?” soalnya. Suara ada lembut, tak nampak garang. Beza dengan tadi yang dah macam suara Godzila mengamuk. Lambat-lambat aku angguk dengan soalan tu.

Naik terus senyumannya. Tanpa hint, tanpa signal, kontena makanan yang sedang aku pegang itu langsung sahaja ditamparnya. Secara mengejut, kontena makanan itu jatuh bergolek ke lantai.

“Hey! Tak ada sivik punya orang!” Jerit seorang pekerja lelaki yang sudah berdiri dari duduknya. Bukan sahaja dia, pekerja lain pun mula berdiri sama. Mahu menyaksikan kejadian itu dengan lebih jelas.

“Tak ada sivik?” Wanita itu langsung sahaja pusing belakang. “You cakap I tak ada sivik, yang bos you bersivik sangatlah?! I tak akan buat macam ni kalau bos you tu tak kurang ajar dengan I!” lantang wanita itu. Siap tangan terhala ke arah bilik Haziq. “Suruh bos you ni makan makanan ni. Memang layak orang jijik macam tu makan makanan dah kotor macam ni!”

Marahnya lagi sebelum melangkah pergi. Terkebil-kebil aku menyaksikan drama sebabak itu. Tak pernah terfikir pun satu hari nanti aku akan tonton benda macam ni di dunia nyata. Ingatkan ada kat drama-drama TV aje. Tertanya-tanya juga aku, apa yang jadi sebenarnya sampai nama Haziq dipetik. Mamat tu buat hal ke?

Eh… Kalau mamat aircond tu, aku tak terkejut. Mulut dia kan memang tak ada insuren sikit. Cuma itulah, lepas ni aku yang akan masuk menghadap manusia mulut tak ada insuren tu! Macam mana aku nak hidup lepas ni kalau Haziq nampak makanan dia dah rosak macam ni? Sakit pula hati aku dengan wanita tadi tu. Rasa nak kejar, hempuk kepala dia dua belas kali!

Marah orang lain, orang lain pula yang kena. Tu yang orang cakap, berwang tak bermaksud kita boleh beli common sense! Tengok sekarang ni, aku juga yang menanggung susah! Dalam menahan sakit hati, salad dan ikan salmon yang dah terkeluar dari dalam kontena makanan itu aku pungut satu satu. Beberapa pekerja lain turut membantu. Salah seorang daripada mereka memanggil kak cleaner. Minta untuk bersihkan karpet yang dah bersalut olive oil dan mayonnise itu. Tak biar aku buat semua tu sendiri.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now