Bab 55

5.3K 351 31
                                    

20 February 2020/13 October 2024

Sayang isteri, tinggal-tinggalkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sayang isteri, tinggal-tinggalkan. Sayang anak, tangan-tangankan. Ayat yang dikhaskan untuk seorang suami, tapi seorang wanita juga akan faham bila dah bersuami. Aku tak boleh relate dengan ayat kedua tu sebab aku tak membesar dengan seorang ayah. Papa ada, tapi banyak kena cuci teling aje. Tapi ayat pertama tu cukup untuk menyakitkan hati aku.

Dalam hubungan kami aku yang tinggalkan Haziq, tapi kenapa pula aku yang menanggung rindu pada lelaki itu? Seminggu berada di rumah mummy ni asik buat aku teringat-ingatkan Haziq di sana. Dah makan ke belum? Okey ke tak tidur dia tu? Macam mana pula dengan keadaan mentalnya? Mesti dia sunyikan kalau aku tak ada?

Ada depan mata kau langsung tak peduli, bila dah jauh berkilometer macam ni barulah kau sibuk teringat kat dia. Serius, okey ke tak kau ni, Unierah?

Sesungguhnya aku tak ada jawapan pada soalan itu. Gila, memang aku dah gila! Aku memang benci apa yang dia dah buat kat aku, tapi aku tak mampu benci dia sepenuhnya. Macam apa yang aku kata pada Haziq sebelum aku tinggalkan rumah tu, hati ni masih sayang dan masih cintakan dia. Susah untuk aku lurusakan mindaku untuk pilih keputusan mana yang terbaik untuk akhiri masalah rumah tangga kami ni.

Tak mahu otak ni asik dibelenggu dengan masalah sendiri, aku buat benda yang berfaedah sedikit dengan turun ke bawah rumah ni. Cari-cari juga ahli keluarga yang lain. Kalau mummy ada ke, Hazif, atau Hazifah boleh juga aku ajak berbual. Kurang sikit tekanan aku kalau bergaul dengan manusia.

Namun keliling rumah ni aku lewati, tak ada seorang pun yang tak kelihatan. Mungkin dua orang tu keluar agaknya. Mummy pula aku perasan berada di luar tu. Tengah bercakap-cakap dengan Natasya. Mesti tengah bincang pasal kenduri arwah datuk Haziq tu yang tak jadi nak buat minggu ini.

Tak sangka yang Natasya tu bekerja sebagai pembantu peribadi mummy. Musykil aku. Kenapa dia tak pernah mengaku yang dia bukan pekerja di Syarikat Celer tu, eh? Dah tu, dia buat apa kat syarikat Haziq tu selama ni?

Bagai rasa dirinya diperhatikan, kepala Natasya itu dipalingkan ke arahku. Berubah riak wajahnya apabila ternampakkan aku. Bibirnya merekah senyuman ceria, sedang tangan diangkat untuk beri lambaian sapaan itu. Mummy pun tersenyum juga bila perasan siapa yang pekerjanya itu lambai. Setelah itu dia orang fokus balik dengan perbincangan mereka yang tergendala itu.

Tak ada niat nak ganggu kerja mereka, aku masuk semula ke dalam. Tiada arah tujuan pun langkahku ini. Ke mana kakiku di arah, di situlah aku pergi. Dan tahu-tahu sahaja, aku tiba di bilik bacaan.

Sebaik sahaja pintu ditutup, salah sebuah sofa yang ada di bilik bacaan ini aku duduki. Kemudian, telefon pintarku keluarkan dari poket seluar. Masuk bahagian kenalan itu, berlambak nombor yang aku tak kenali itu telah disetkan sebagai kenalanku. Ini semua pun nombor girlfriends Haziq yang Hazif bagi minggu lalu.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now