Bab 41

6.4K 367 47
                                    

01 October 2020/20 September 2024

01 October 2020/20 September 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Handbag?

Buy!

Dress?

Buy!

High heels? Tak ada size aku? Huh...

Buy!

Apa benda ni? Book nook kit? Aku tak tahu ini binatang apa, tapi...

Buy!

Knock! Knock! Knock!

"Masuklah!" Aku laungkan kepada si pengetuk pintu itu. Bila dah dikacau misi aku untuk menghanguskan duit Haziq tu, aku berhenti daripada segala kegiatanku.

"Puan, makan puan?" Aurora yang datang dengan sedulang makanan itu masuk ke dalam bilik. Sudah biasa dengan situasi ini, dia letak makananku itu di meja belajar itu.

Semenjak aku bergaduh besar dengan Haziq, dah dua minggu aku dah tak bertegur sapa dengan lelaki itu. Jangan kata bercakap, kami nak berselisih atau terpandang dari jauh pun tak ada bila aku dengan rela hati kurungkan diriku di dalam bilik ni. Bilik aku ni dah macam kubu pertahanan pula daripada bertembung dengan Haziq. Meskipun begitu, segala kelebihan yang Haziq pernah beri dulu tidak pernah ditariknya.

Aku tetap tak payah guna sekecil kudratku untuk buat apa-apa di rumah ini. Semuanya masih Haziq urusakan dengan menyuruh maids aku tu. Cuma itulah, Felix dah tak datang ke rumah ini keesokan harinya lepas sahaja kami perang itu. Bila aku tanya Kak Syaz, wanita itu cuma tahu angkat bahu. Jadi betullah, Haziq dah pecat Felix disebabkan aku.

Sebab itu jugalah aku nekad nak dera kad-kad kredit dia ni secara habis-habisan, biar dia kena berhutang dengan bank berkali-kali ganda! Tapi masalahnya, duit dalam kad kredit ni macam tak ada limitnya. Dah beratus-ratus dah aku belanjakan, beli barang-barang yang aku tak perlukan langsung. Tapi tak pernah pun sekali kad kredit ni sekat pembelianku.

Argh! Kad kredit ni dengan Haziq, dua-dua menyakitkan hati aku!

"Puan Unierah... Puan tak nak keluar ke?" Suara yang sengaja dilembutkan itu buat wajahku cemberut.

"Tak bosan ke dalam bilik ni aje? Sekali sekala, puan turun la ke dapur. Boleh kita borak-borak macam dulu."

"Tuan awak tu ke yang suruh awak pujuk saya ni?" tuduhku.

Kalau ini cara Haziq nak suruh aku keluar daripada bilik ni, kirim salam cium kekura tangan dia la! Aku tak akan termakan langsung dengan teknik suruh-suruh orang jadi posmen nak pujuk aku!

"Sumpah! Tak ada pun tuan suruh, puan!" Sungguh-sungguh tangannya di angkat ke sisi. Berikrar yang sesungguhnya. Lepas tu Aurora tunduk lagi, tangan bermain sesama sendiri. "Saya dengan Kak Syaz rindu nak berborak dengan puan macam dulu. Itu aje..."

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now