Bab 48

6.3K 387 57
                                    

16 December 2020/04 October 2024

Telefonku yang menjerit minta diangkat itu aku biarkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Telefonku yang menjerit minta diangkat itu aku biarkan. Malas nak jenguk. Aku tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa sekarang ni. Apa yang jadi semalam cukup dah mengacau-bilaukan jiwa aku. Jadi silalah jangan kacau pagi ni!

Aku sendiri tak tahu nak rasa apa. Benci ada, malu ada, kecewa ada, tapi yang paling tak boleh brain sekali, aku suka dengan perbuatan Haziq tu. Argh! Apa benda dengan aku ni? Cepat-cepat aku gosok mulut sendiri. Hilangkan rasa hangat di bibirku tiap kali ingat kejadian yang menakutkan itu. Rasa nak menangis bila aku tak boleh jijik dengan sentuhan lelaki itu.

Sunyi sahaja bilikku daripada sebarang bunyi, tahulah aku si pemanggil tadi dah berputus asa daripada menganggu hidup aku. Jam sudah menunjukkan tujuh lebih saat aku angkat kepala. Jam-jam begini sepatutnya Haziq dah bersiap lengkap nak beredar ke tempat kerja. Baguslah, berambuslah dulu. Biar aku boleh hidup dengan tenang tanpa perlu dilihat oleh lelaki itu.

Namun tanpa sebab yang pasti, aku bukan naik semula ke katilku. Kaki ini dengan sendirinya pergi ke ambang pintu. Tangan pula cepat sahaja mencapai tombol pintu lalu pintu itu dibuka sedikit. Okeylah, aku mengaku walaupun Haziq dah berlebihan denga dengan tindakannya semalam, tapi itu masih tak cukup untuk buat aku benci dia. Malahan, sebab itu jugalah perasaan aku nak tengok dia membuak-buak pagi ni.

Kan aku dah cakap, aku ni memang dah gila!

Bila dengar pintu bilik Haziq itu dibuka, pintuku tutup lebih rapat lagi sehingga sipi-sipi sahaja penglihatanku sampai di luar bilik ini. Melihat tubuh Haziq sudah keluar dari dalam biliknya, dadaku berasa lapang. Sekurang-kurangnya aku tahu Haziq dalam keadaan yang baik-baik sahaja sepanjang semalam.

Apabila langkahnya di bawa menuju ke ruangan lift itu, bukaan pintu aku luaskan sedikit. Tapi tak jadi bila Haziq patah balik. Namun kali ini, matanya bawa laju menuju ke bilikku.

Yeeks!

Cepat-cepat pintu bilik aku tutup. Melekat aku di pintu itu menahan gentar. Agak-agaknya Haziq nampak ke tak yang aku mengintai dia dari tadi? Haiyah... Memalukan diri sendiri ajelah buat perkara tak senonoh macam ni!

Sedang aku menahan diri daripada rasa malu itu, pintu bilikku terasa bergerak sikit diikuti bunyi ketukan itu. Mengeras langsung aku di pintu tu. Renunganku kaku. Dia ke yang ketuk pintu tu? Erk! Nak buat apa ni?

"Love, dah bangun ke tu?" Dengar aje suara garau tu, nah kau! Berdiri mak bulu romaku!

"Boleh tak kalau kita berbincang malam ni?" Haziq berbunyi lagi. Menyatakan tujuannya datang ke bilik ini. Bibirku ketap. Nak bincang pasal apa? Tentang malam tadi ke? Kalau yang itu, tak nak aku. Takut!

"Love..." Nada suara Haziq mula merendah bila dia tidak mendapat balasannya. Terdengar satu ketukan kecil lagi sebelum Haziq melepas nafas.

"I understand. Aku pergi kerja dulu tau? Assalamualikum, love." Usai mengucapkan salam, rasa cuakku juga beransur hilang bila derapan kaki Haziq kian memudar di ruang tamu itu. Syukurlah dia dah pergi.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now