Bab 32

6.2K 317 44
                                    

27 August 2020/07 September 2024

Rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi itu aku perhati dari dalam kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi itu aku perhati dari dalam kereta. Berhenti sahaja kereta di halaman rumah mummy itu, hujan kian melebat. Haziq di sebelah memasukkan tablet di dalam beg kerjanya.

"Ada payung tak, bang?" Menyedari hari telah hujan, Abang Kamal, driver keluarganya itu ditanya.

"Tak adalah. Dua-dua tansri dah guna hari tu, abang lupa nak letak lagi yang baru."

"Tak apalah." Mendengar alasan Abang Kamal itu, Haziq tak bereaksi sangat. Tak melenting ataupun demand kesalahan kecil itu perlu diperbetulkan dalam kadar yang segera. Haziq cuma arahkan agar Abang Kamal supaya pergi ambil payung dan angkat bagasi kami masuk ke dalam.

"Tak ada payung, macam mana nak masuk dalam? Lecun nanti encik." Berlalu sahaja Abang Kamal, aku menyuarakan kerisauanku. Nak reda aje ke? Kalau hujan renyai-renyai tu boleh lagi. Ni dah tahap hembusan angin monsun timur laut dah aku tengok kat luar tu.

"Kita mandi hujanlah apa lagi."

Selaras menyatakan perkara itu, Haziq keluar dari dalam perut kereta. Tak lupa ditariknya kot hitamnya itu lalu dia berlari menuju ke pintuku. Sebaik sahaja pintu dibuka, angin kencang masuk ke dalam perut kereta. Terkibarlah depan dan belakang shawlku. Cepat-cepat aku halang shawlku dari terselak lebih.

"Serius ke nak reda ni encik? Tak nak tunggu dulu Abang Kamal ambil payung?"

"Keluarlah." Gesa Haziq. Nak tak nak, aku kena ikut juga. Saat kaki kanan mencecah tanah, ketika itulah aku perasan kot hitam itu menutupi separuh tubuhnya dan separuh lagi dia lebarkan untuk berlindung aku daripada terkena tempias hujan. Ceh! Mandi hujanlah konon, sekali dia pun takut kena hujan!

"Hug me tight, love." Titah Haziq bilamana dia menarik aku agar lebih rapat dengannya.

"Cakap ajelah kalau nak ambil kesempatan!" Tengok dari sudut mana sekali pun, dah tak boleh berhusnuzon dengan perbuatannya ini.

"Tak nak aku tinggal!" Bila dah diugut seperti itu, aku hanya mampu berdecit.

"Cepatlah sikit."

"Yalah!" Aku hanya menjadi minah turut dalam ketidakrelaanku. Teragak-agak peluk pingang Haziq sebelum kami sama-sama berlari anak menuju ke arah pintu rumah.

Serius, macam kanak-kanak berhingus main hujan aku rasa!

"Ya Allah budak-budak ni, tak boleh tunggu Kamal ambilkan payung dulu ke?" Tengah kami menyingkirkan sisa air hujan daripada baju, mummy yang keluar selepas Abang Kamal itu terus membebel. Tersengih-sengih segan aku, manakala Haziq buat donno saja.

"Anak mummy ni bawa main hujan mummy. Unie suruh tunggu tadi, tapi dia tak nak." Haziq jeling aku bila aku letakkan kesalahan itu di bahunya. Apa? Engko ingat aku ni tak tahu nak merepot? Empat tahun berturut-turut tahu aku ni jadi penolong ketua kelas! Repot-merepot ni dah jadi makanan buat aku.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now