Bab 56

5.5K 323 48
                                    

23 February 2021/ 14 October 2024

23 February 2021/ 14 October 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Splash!

Air sejuk yang disimbah secara kasar ke wajahku itu buatkan aku tersedar. Kepalaku angkat sedikit tatkala mata beratku cuba dibuka. Tertutup sekali mataku saat cahaya rasa menusuk tajam, tanda kain yang diikat di belakang kepalaku tadi telah dibuka. Mujurlah bisa pedih itu telah lama hilang, kini mata aku cuma berpasir. Kulit muka pula terasa pijar terbakar, terutamanya di daerah mata. Bengkak kesan sampingan spray Si Affan tu.

Cuba alihkan lenganku, pergerakanku rasa terbatas yang amat. Barulah aku ingat beberapa jam lalu setelah kami tiba di kawasan ini, aku dipaksa duduk di satu kerusi keras. Tunduk sedikit untuk melihat keadaanku, ya betul. Kaki aku dah selamat diikat ketat, manakala tangan diikat secara silang ke belakang kerusi. Betul-betul kaku aku di atas kerusi ni. Sebagai mesej yang aku kini berada dalam cengkaman mereka.

"Bangunlah." Ikut kata suara itu, kepalaku yang tertunduk tadi aku angkat perlahan. Yang pada mulanya pandanganku cuma terarah pada sepasang kaki berkasut kulit itu, kini aku melihat pemilik suara dalam itu berdiri tegak di depanku ini.

"Mata kau merah betul. Dah macam berpenyakit pula." Komennya sambil mendengus simpati. Pandanganku lurus ke wajah lelaki itu, namun penglihatanku yang masih kabur buatkan aku tak tahu dengan siapa aku berurusan sekarang ini. Cara percakapan macam kenal aku.

"Kesian kau, kan? Nak jumpa kawan lama sebab nak settlekan masalah peribadi, tapi akhirnya kau cuma dipegunakan jantan ni. Sama macam apa yang suami kau buat, isn't it, Cik Waitress?"

Naik sinis hujung bibirku. Kenapa aku lambat betul pick up siapa pemilik suara ni? Sekarang ni aku rasa bodoh yang amat sebab tak syak apa-apa tentang lelaki ni sedangkan daripada awal lagi dia punya tanda-tanda seseorang yang berbahaya tu. Patutlah lelaki bertopeng malam tu kata aku kenal siapa yang hantar mereka. Rupanya Si Ziad ni dalang di sebalik pencolekan aku. Hebat! Sangat hebat permainan mereka selama ini membuat helah.

"Kau nak apa sebenarnya Ziad?" soalku perlahan saat Ziad mengheret satu kerusi untuk mendekatiku. Bergetar kuat bunyi hujung kerusi itu sehingga satu kawasan ini boleh bergema. Dia biarkan kepala kerusi itu secara mendepanku apabila jarak yang dicipta itu cukup selesa untuk kami bersembang. Barulah punggungnya dihenyek kasar.

"Apa yang aku dah buat kat kau sampai kau sanggup buat aku macam ni?" Aku tanya lagi bila tiada jawapan yang aku terima. Aku perhati sahaja sesuatu dikeluarkan dari poket seluarnya itu sebelum dia menyilang tangan di atas kepala kerusi. Bergetar jantungku melihat muncung pistol itu dijatuhkan kebawah. Kemudian aku ditenungnya dalam seperti dia mahu pelajari struktur wajahku.

"Aku tahu kau ada simpan Musgravite tu. Kau sembunyikan kat mana permata tu?"

Berkerut dahi aku. Tak faham. Musgravite? Permata? Apa benda yang dia mengarut ni?

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now