Bab 24

7.8K 331 42
                                    

25 June 2020/ 07 August 2024

Anak tangga yang tinggi itu satu persatu aku turuni untuk ke ruang bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anak tangga yang tinggi itu satu persatu aku turuni untuk ke ruang bawah. Sesampainya aku ke pemisah ruang tamu makan itu, laluan kanan aku ambil untuk masuk ke dapur. Dahagalah pulak waktu-waktu ni.

Masuk-masuk sahaja ke aje dapur, aku bungkam bila sekujur gempal tubuh yang sedang menyanyi-nyanyi kecil itu sibuk melakukan kerja. Pantas tangannya itu capai itu ini untuk memastikan pekerjaan yang dilakukan itu siap sebaiknya. Headphone putih yang tengah memainkan lagu Spider tu aku tanggalkan dan biarkan menyangkut di batang leherku. Butang pause pada iPad pun aku tekan sebelum perlahan-lahan memasuki tempat kerja wanita itu.

"Unie? Nak makan tembikai tak? Kak Nab sediakan?"

Erk... Baru aje masuk, dah kena tegur dengan ramah macam ni. Canggung aku dibuatnya bila tak ada satu pun tanda yang Kak Nab terasa serta berjauh hati dengan sikap aku sebelum ini. Malahan, boleh tersenyum girang wanita itu ketika menarik satu tuala tangan untuk dijadikan alas pemotong pisau itu.

"Bolehlah kut." Kekok aku membalas.

Kak Nab senyum lagi. "Kejap ya, akak siakan untuk Unie dulu."

Kerusi meja makan itu aku tarik perlahan kemudian letak iPadku di atas meja. Perlahan-lahan aku melabuhkan punggung sebelum pinggan tadi di letakkan di hadapanku. Ada beberapa potongan tembikai merah ranum yang sederhana besar di dalamnya.

"Nah, ni tembikai untuk Unie. Makan lebih sikit, bagus untuk otot dan kulit ni."

"Okey..."

"Unie nak air ke? Akak buatkan?"

Uhh... Lagilah bertambah-tambah rasa bersalahku bila layanannya biasa aje, langsung tak macam dia terluka dengan perbuatan kurang ajarku sebelum ini. Ingat kejadian dua minggu lalu yang aku tinggikan suaraku dengan wanita ini, rasa malu itu berpusu-pusu menghentam aku bila kelakuan Kak Nab tak berkurang sedikit pun daripada kebiasaannya.

Entah Kak Nab buat semua ni sebab aku ni anak majikan dan dia tu pekerja, ataupun dia betul-betul tak kesah dengan sikap tak bertamadun aku tu. Apa pun alasannya, aku kena perbetulkan juga perkara yang perlu dibetulkan. Kena buat permohonan maaf kepada wanita ini selayaknya.

"Kak Nab..." Kak Nab yang mahu meneruskan kerjanya itu aku panggil. Mendengar namanya, langsung sahaja respon cekap itu diberi. Tengok aku macam dia tu mamak yang nak ambil oder pelanggannya. Sigh...

"Boleh Unie cakap sikit dengan Kak Nab?" Mukadimah aku berikan terlebih dulu. Nak tengok sama ada Kak Nab mahu ke tidak bercakap dengan aku dari hati ke hati.

"Apa pulak tak boleh? Kena mohon lesen daripada kerajaan juga ke untuk majikan dan pekerja berbual mesra?" Gurauan Kak Nab itu sekadar buat aku tertunduk segan.

"Unie..." Alah, tak bestlah nak minta maaf secara duduk ni. Tinggalkan kerusi selesa itu, tangan kanan Kak Nab aku tarik. Agak terkesan Kak Nab dengan tindakkan aku tu bila wajahnya berubah.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now