Bab17

5.8K 286 28
                                    

28 May 2020/ 26 June 2024

28 May 2020/ 26 June 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Numb. Tak ada apa yang aku rasa sekarang ni. Tak menggembirakan, tak juga buat aku sedih. Menangis tu tetap menangis, tapi semua perkara nampak blank. Setelah apa yang terjadi dua hari lalu, perkara inilah yang dah terperap di dalam diri aku. Rasa tawar. Seakan-akan aku berada di dimensi yang terasing.

Posisi kaki yang melunjur itu aku tarik perlahan merapati dada. Ketika ini aku sudah berada di rumahku. Seperti apa yang aku janjikan dengan Abang Aiman, aku tetap balik ke rumah. Buat bodoh sahaja ketika Kak Zainab menyambut aku dengan muka yang dah bengkak sebelah. Bila ditanya, aku putar belit fakta aje. Cerita yang kononnya aku kena belasah sebab ada penjenayah yang cuba menyamun aku. Tak ada niat aku nak menipu pun, tapi untuk ceritakan apa yang dah berlaku kepadaku, bukan tidakan yang bijak.

Aku tak nak susahkan sesiapa, termasuklah nak timbulkan apa-apa spekulasi daripada keluarga aku sendiri. Itu kenapa aku perlu balik juga walaupun muka dah separuh hodoh macam ni. Biar tak mendatangkan tanda tanya kepada mereka nanti. Sekurang-kurangnya dapat juga aku kurangkan kesusahan hati mana-mana pihak bila tahu aku selamat berada di rumah ni.

Langsir putih yang terbuai oleh langgaran angin itu tak memberi rangsangan apa-apa kepada deria pandanganku. Tetap rasa kosong. Kedua belah bahu aku gosok perlahan tatkala angin malam menjamah tubuh. Cakap pasal tubuh, aku tak mengalami apa-apa perubahan pun bila tahu yang aku dah hilang satu benda yang berharga bagi seorang wanita. Sejujurnya, aku tak rasa jijik dengan diri sendiri. Aku rasa masih suci walaupun doktor yang merawat aku ketika aku pengsan itu mengesahkan kata-kata Haziq tu.

Aku masih dalam fasa in denial tu? Mungkin. Sebab untuk percaya bulat-bulat apa yang mereka kata tu tak boleh juga bila aku tidak mengalami semua itu dalam sedarku. Disebabkan itu jugalah aku tak berani untuk buat repot polis. Bodoh, aku tahu! Tapi kalau aku laporan polis, bermakna aku bersedia untuk membuka pengkung di dada. Bukan buka aib kepada pihak polis tu yang aku takut, tapi reputasi keluarga aku yang akan jadi galang gantinya.

Apa orang akan kata kalau tahu anak perempuan Datuk Adhim dan Datin Marnie dirogol? Mesti akan timbul stigma buruk kepada kenalan papa dan mama. Sekali lagi, aku sangat bodoh sebab masih fikir nak jaga reputasi keluarga aku walaupun keadaan dah jadi macam ni. Sekali pun aku tak pernah menyumbangkan apa-apa kebaikan dalam keluarga ni, jadi apalah sangat untuk aku jaga nama baik keluarga papa daripada terkena caci dan cemuhan masyarakat?

Azie orang paling tak bersetuju dengan tindakkan aku ni. Marah dia bila aku bagitahu sebab kenapa aku tak nak libatkan pihak berkuasa untuk siasat dan tangkap si pelaku. Tapi aku tak salahkan dia pun. Dia kawan aku, maka dia ada hak untuk marahkan aku bila pilih jalan yang bodoh.

Tuk... tuk... tuk...

Kepalaku angkat saat mendengar ketukan pada pintu bilikku itu. Malas-malas punggung diangkat lalu langkah dibawa menuju ke pintu. Wajah tenang Kak Nab terpacul depan mata sebaik sahaja pintu terbuka. Sempat matanya memeriksa daerah wajah bengkakku sebelum bibir kiringnya itu tersenyum hambar.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now