Bab 61

481 47 9
                                    

20 October 2024

20 October 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Oh no, no, no... Not this again!"

Kakiku yang terjuntai ke bawah itu aku tarik ke sofa lalu bersila depan Haziq.

"Dengar dulu cakap saya." Tangannya aku capai, paksa dia agar dia kekal denganku di ruangan ini apabila Haziq mula bangkit mahu melarikan diri. Jelas yang dia tak bersedia untuk bincang perihal hubungan kami ni. 

"Encik tak nak ke kalau hubungan kita ni kekal sebagai sepupu aje?" Nyata apa yang aku katakan itu buatkan Haziq terpanar. Tajam anak matanya merenungku, tak percaya aku boleh cakap perkara itu dengannya.

"Apa yang kau merepek ni? We are already a married couple!" sanggahannya. Cukup tak faham kenapa aku kena bangkitkan perkara yang dia tak suka.

"Betul... Tapi encik kena fikir juga, bukan kita dua orang aje dalam perkahwinan ni. Macam mana kalau mama dan papa tahu yang encik ni siapa sebenarnya?" mintaku agar dia ambil berat perkara itu.

Tanya aku, aku memang dah gerun habis mahu beritahu perkara yang sebenarnya kepada mama dan papa. Abang-abang sepupuku itu apatah lagi. Takut yang amat! Aku tak mahu lagi jadi punca kepada perkelahian Abang Aiman dan Haziq. Karang jadi musuh sepanjang zaman pula mereka nanti.

Dalam masa yang sama, ada sebab yang lebih besar kenapa aku mahu bincangkan perkara ini.

"Itu bukannya masalah besar pun, Unierah. Aku akan terangkan secara baik-baik pada mereka. Percayalah, keluarga kau mesti akan faham macam mana atuk dan nenek kau faham."

"Tak semua orang sama penerimaannya, encik." Aku mengeluh kasar. Ayat dia tu bagaikan dia ambil mudah pula pada perkara ini.

"Tak ada orang yang suka bila kita membelakangkan mereka sedangkan mereka berhak untuk tahu." Tolonglah hadam apa yang aku cuba sampaikan ini.

"I am a jerk sebab membelakangkan semua orang selama ni, and there's nothing I can say to justify my actions because I am in the wrong. Tapi kalau tu boleh buat kau kembali kepada keluarga ni, aku tak kesah jadi orang yang salah. Because you matter to me, and heck yeah, I'd do it a million times if I needed to!"

Salah ke aku rasa aku makin jatuh sayang dengan dia ni disebabkan pengorbanannya untuk aku? Selama aku mengenali Haziq, aku tahu Haziq tak bercakap kosong sekarang ni. Dia akan buat, walaupun ia akan menyakiti aku, orang sekeliling, atau menyakiti dia dua kali ganda. Dia tetap akan buat.

Dan itulah perkara yang paling aku takutkan. Tipulah kalau aku tak nak teruskan perkahwinan ni. Ikutkan kehendak hati, aku mahu. Tapi bila asik menjadi saksi bertapa seksanya Haziq kena bertarung dengan mimpi buruknya itu, hari-hari meracaukan nama arwah ibu ayah aku dengan permohonan maaf yang tak sudah-sudah, aku rasa aku ni punca hidup dia makin tak tenang.

Enam tahun dia kena hadap sakitnya ini, aku tak mahu kehadiran aku dalam hidup dia ni akan lagi memburukan keadaan. Andai kata apa yang jadi dengan aku tu berulang lagi, takkan Haziq perlu tanggung rasa bersalah tu selama-lamanya?

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now