Bab 42

6K 360 31
                                    

05 October 2020/20 September 2024

Siapa sangka? Hanya disebabkan kemalangan di dapur itu, dan masakanku yang memang mengena dengan selera Haziq buatkan hubungan yang renggang itu boleh membaik semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Siapa sangka? Hanya disebabkan kemalangan di dapur itu, dan masakanku yang memang mengena dengan selera Haziq buatkan hubungan yang renggang itu boleh membaik semula. Malah, kejadian itu juga buatkan hubungan kami makin rapat daripada yang sebelumnya.

"Puan, puan tak nak ambil rehat sehari? Kalau nak, kita boleh minta Aurora yang masakkan esok hari?"

"Bukannya susah pun Kak Syaz, saya lagi gembira ada benda nak dibuat dalam rumah ni." Laju aku tolak pelawaan Kak Syaz itu ketika aku menolongnya melipat kain bersih di ruang tamu itu. Malam-malam baru boleh dibuat sebab aku nak ikut mereka lipat kain sekali.

Lepas mengetahui yang Kak Syaz terkehel ringan sahaja, namun dia memerlukan lebih enam minggu untuk pulih sepenuhnya, aku bagi cadangan pada Haziq bagaimana kalau aku yang ambil alih tugas masak-memasak di dapur? Bukan sahaja aku beritahu implikasi kebaikan daripada sarananku itu, siap rancangan TV menyayat hati Bersamamu itu juga aku keluarkan.

Kesiankan kat Kak Syaz la, Kak Syaz cuma boleh bergerak guna tongkat dia la, Kak Syaz nak angkat kaki sebelah pun susahlah, dan macam-macam lagi ayat sedih aku taburkan kepada Haziq. Sangka yang dia akan tolak mentah-mentah dengan drama air mataku itu, sebaliknya Haziq mengeyakan sahaja.

Sebab itulah, sudah tiga minggu lebih aku yang panaskan dapur rumah ini dengan skill memasakku. Tiap-tiap hari ada juadah baru aku cuba, tiap-tiap hari jugalah aku masak masakan istimewa untuk Haziq. Dan sekali pun lelaki itu tak pernah merunggut. Bahkan aku kesan ada perubahan yang ketara pada sikap lelaki itu apabila aku menjadi chef di rumah ini. Haziq makin banyak tersenyum, dia banyak gelak, lebih ceria, dan layanannya kepadaku juga lain daripada biasa.

Boleh aku kata, ia semakin membaik? Atau semakin romantik? Aku tak tahu, tapi yang pastinya kata-kata yang keluar daripada mulut Haziq tidak lagi berbisa. Boleh jadi aku yang dah makin imun dengan kesarkastikan lelaki itu, pun ada kebarangkaliannya juga. Jadi hipotesisi orang dulu-dulu yang mengatakan tambatlah hati suami daripada perutnya dahulu itu benar. Sekurang-kurangnya, cara itu berhasil untukku.

Bila aku dah ada kuasa untuk conquer emosi Haziq dengan menjaga perutnya, adakah aku akan serahkan kuasa aku tu pada orang lain? Never! Tak selagi aku tak dapat jawapan yang aku nak, selagi itulah aku akan cari cara untuk berada di sisi baik lelaki itu. Itu sebabnya usai selesai aktiviti lipat kain itu, beria-ia aku daki anak tangga ini untuk ke biliknya. Tiba masanya janji yang pernah aku katakan kepada Haziq dahulu aku serahkan kepadanya hari ini.

"Bukalah pintu tu, aku tak kunci pun."

Pintu aku tolak seluas yang mungkin lepas sahaja mendapat kebenaran itu. Tahu aje dia yang aku ni datang mengacau. Meliar anak mataku sebaik sahaja isi di dalam biliknya itu terlihat. Sana sini pergi mataku untuk melihat bilik Haziq yang dah pernah aku masuk dulu. Berharap kali ini terlihatlah kelibat botol ubat-ubatan itu. Malangnya, satu pun tak ada.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now