Bab 35

7K 334 64
                                    

05 September 2020/11 September 2024

Mulut yang menguap besar itu aku tutup dengan kedua belah tangan sambil menuruni anak tangga ke tingkat bawah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mulut yang menguap besar itu aku tutup dengan kedua belah tangan sambil menuruni anak tangga ke tingkat bawah itu. Air mata penat itu aku lap perlahan seraya menampar pipi beberapa kali menuju ke ruang dapur itu. Daripada jauh lagi, terlihat belakang tubuh tegap yang tak berbaju itu sedang duduk di meja island. Pagi-pagi lagi dah bertiga suku, nak tunjuk siapa entah tubuh seksi dia tu?

"Selamat pagi." Ucapku ketika melintasinya.

"Morning," balas Haziq tanpa mengangkat kepalanya daripada melihat telefon pintar itu.

Tempat duduk tinggi itu aku panjat lalu duduk membongkok. Mata yang masih layu itu aku kelip-kelip beberapa kali, lihat sekeliling untuk mengamati rekaan dapur ini. Cantik. Sama cantiknya macam bilik aku, ruang tamu di depan, dan ruang tamu di tingkat satu dan dua. Rumah ni memang mewahlah senang kata. Walaupun aku belum spot check secara keseluruhan lagi, tapi aku jamin perkataan cantik tetap akan keluar daripada mulutku tiap kali melawat satu per satu ruang yang ada di rumah ini.

"Kau nak breakfast tak?" tanya Haziq tiba-tiba.

"Hrmm... Boleh juga."

"Tapi tak nak bubur, ya?" Aku senyum pada Haziq yang bangun itu. Senang aku mengoder Haziq siapkan sarapan aku. Dah tiga hari aku makan bubur aje, aku jadi boring! Lepas sahaja kami berpindah masuk ke dalam rumah ini, tak pula demamku membaik, jadi makin teruk pula. Tahu-tahu pagi ni aku period. Simptom-simptom sebelum bendera Jepun rupanya. Patutlah aku rasa jemu asik makan bubur.

Mataku yang terpejam itu tercelik segar bila ada tangan besar yang hinggap di atas dahiku. Dari hujung mata, dapatku lihat tubuh si pemilik tangan kekar itu berdiri di sebelahku. Dahi aku yang diraba, tapi seluruh tubuhku meremang mendapat sentuhan mengejut seperti itu. Tak terasa langsung kehadiran lelaki itu saat dia mendekati aku.

"Kau dah okey?" Perihatin suara itu bertanya. Nak check suhu badan aku aje, tapi aku rasa seram semacam.

Aku angguk sekali. Mengeyakan.

"Tak pening lagi."

Geleng pula.

"Good. Sebab aku dah boleh buat macam ni!"

"Ah!" Nyaring jeritanku bila kulit leherku dicubit jari giant itu. Cepat-cepat aku pukul tangan itu, minta Haziq berhentikan tindakkannya. Apa masalah dia ni cari gaduh pagi-pagi begini?

"Lain kali, masuk dapur sanggullah rambut tu dulu! Bukan dibiar lepas macam ni. Kotorlah lantai dapur ni kalau rambut kau gugur kat sini." Dalam keadaan marah Haziq menegurku. Aku sapu-sapu bahagian yang dicubitnya tadi. Aduh... Sakitnya! Confirm tinggalkan kesan ni!

"Cakap baik-baik tak boleh ke? Sakit tahu!" runggutku. Scrunchie aku ni ada hah kat pergelangan ni. Bukannya aku tak bawa!

Rambutku yang dibiar lepas itu aku sanggul tinggi-tinggi. Turuti sahaja kemahuannya lelaki yang sedang memerhati aku. Apa tengok-tengok? Jangan sampai ada kerusi yang mendarat di kepala orang. Baru adil dan saksama kami berganti rasa sakit tu!

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now