Epilog

443 46 23
                                    

21 October 2024

Empat tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Empat tahun kemudian...

Bahang panas yang terasa sebaik sahaja pintu kereta itu terbuka menyengatkan kulit wajahku. Alamak ai... Malaysia ni jaranglah tak panas lit lit begini. Nak-nak lagi sebelum musim tengkuju tiba, boleh kena sunburn kalau tak pakai sunblock secukupnya. Ini yang buat aku makin bersemangat bayangkan suasana sejuk di negara matahari terbit itu.

Bestnya kalau cuti-cuti semester ni dapat travel!

"Puan, topi."

"Ah, terima kasih!" Padah berangan lebih, semua benda pun boleh terlepas pandang. Topi kecil yang tak sengaja tertinggal di dalam Vellfire yang baru aku turuni itu aku sambut dengan baik.

"Terima kasih, Mar." Gadis bernama Marwa tersebut tersenyum, menyambut terima kasihku dengan baik lalu dia melangkah semula ke tempat duduk pemandu dan memandu pergi.

Sebab tak nak susahkan aku, suami aku yang baik tu carikan aku seorang driver. Bukan abang-abang tahu, tapi seorang driver wanita khas untuk aku.

Entahlah kenapa, tapi boleh tahan juga sikap cemburu suami aku tu. Kadang-kadang boleh sampai buat gaduh kalau dia tahu aku kena berpasangan dengan pelajar lelaki untuk buat assignments. Macamlah dia tak tahu aku ni dah kira akak-akak sangat dalam kelas tu sebab majoriti pelajar diploma yang lain semuanya baru masuk dua puluhan tahun ni.

Lupa nak mention, aku sambung belajar balik. Horay! Itulah ayat pertama yang aku dengar daripada abang-abang sepupu aku. Termasuklah papa! Bukan main seronok lagi mereka dengar keputusan aku tu. Sampai kena buat majlis doa selamat tau, panggil saudara-mara kami untuk mendoakan semoga aku selamat mula dan selamat menamatkan pembelajaranku.

Agak melampau, tapi aku biarkan sebab dalam diam aku pun bersyukur juga sebab Allah bukakan hati aku untuk belajar. Aku yakin, ni mesti doa papa yang tak pernah putus-putus untuk aku tu yang Allah makbulkan.

Dan tak lama lagi, aku ni akan jadi pemegang kepada segulung diploma dalam bidang Science Economics. Yup, sama macam jurusan arwah ibu pernah belajar dulu. Aku nak jadi sama seperti arwah agar cita-cita yang tak pernah dia capai tu aku mampu tunaikan, bekerja di bawah syarikat arwah papanya sendiri.

"Hai, comel!" Ilham yang menyedari kehadiran aku itu terus sahaja tegur budak kecil yang ada dalam dukunganku lepas menyambut ketibaan aku. Hilang macho mamat ni tiap kali aku bawa budak bertuah ni ke tempat kerjanya, bahasanya itu pun macam nak bergugugaga. Boleh tahu Ilham ini suka benar dengan anak-anak kecil.

"Dia ada kat dalam tak?" Ilham yang tampak terhibur melayan pukulan si kecil itu bagai tersedar dengan soalanku. Cepat sahaja tubuh yang merendah searasku itu ditegakkan semula.

"Ada kat dalam puan. Meeting petang ni semuanya cancel, katanya nak berehat."

Terangguk-angguk aku menerima informasi yang dikongsikan oleh Ilham itu. Usai meminta Ilham agar kotak-kotak kecil berisi cinnamon roll itu diagihkan kepada pekerja-pekerja lain, aku meminta diri untuk masuk ke dalam bilik suami aku. Bukan main riuh lagi ucapan terima kasih daripada pekerja yang mendengar perbualan antara aku dengan Ilham tadi. Huh, pasang telinga rupanya!

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now