Bab 54

5.4K 333 78
                                    

16 February 2021/11 October 2024

Jam empat empat puluh lima minit, aku dah tersedar dari lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam empat empat puluh lima minit, aku dah tersedar dari lena. Ada sejam lagi sebelum subuh menjengah, tapi aku dah tak boleh terlelap. Mungkin sebab terlalu fikirkan perasaan sendiri aku jadi risau sendiri apa yang akan jadi lepas ni. Akan ada lagi ke masa depan di dalam perkahwinan kami ini kalau aku tak rasa aku boleh maafkan apa yang Haziq dah buat kat aku?

Kelmarin, macam-macam dah aku cuba. Paksa buat baik dengan dia, paksa diri sendiri gelak macam selalu, paksa laksanakan tanggungjawab aku sebagai isteri, tapi pada akhirnya rasa dendam tu juga yang muncul. Nampaknya marahku masih pekat. Dua bulan ni tetap tak mampu padamkan rasa benciku terhadap perbuatan Haziq. Malahan, aku jadi benci pada diri sendiri bila terpaksa pura-pura berlakon begini di hadapannya.

Dengkuran halus yang menyapa halwa telinga itu buatkan aku terpanggil semula ke alam nyata. Langsung aku mengiring ke sebelah, melihat Haziq yang dah lama tidur nyenyak itu. Sepanjang malam tadi, tak ada sekali pun aku dengar dia meracau. Tak juga nampak dia serang anxiety. Syukurlah, sekurang-kurangnya aku tahu yang tekanan daripada masalah rumah tangga ini tak memberi kesan sangat pada penyakitnya itu. Kalau begini keadaannya, legalah aku sikit nak tinggalkan dia.

Haziq bergerak bila aku mengelus lembut rambutnya itu. Mungkin suhu pada tanganku ini buatkan lenanya terganggu, aku terus berhentikan perbuatanku itu.

"Saya tak boleh tipu diri saya sendiri dah, encik." Walaupun dia tak dengar, tapi aku nak juga cakap dengannya. Mungkin ini sahaja peluang aku untuk mentuturkan perkataan itu selancar ini. Jadi kesempatan tu aku guna sebaiknya.

"Saya minta maaf." Sebak aku mentuturkan kata itu apabila sedar sepenuhnya yang aku dah buat keputusan, besok aku akan angkat kaki daripada rumah ini.

------

Pagi ini aku sediakan sarapan seperti kelmarin. Buat sebaik dan semewah yang mungkin. Terpinga-pinga Kak Syaz dan Aurora yang masuk-masuk sahaja dapur, semuanya aku dah sediakan. Lagi double terpingga lepas aku beritahu yang aku ada sediakan sarapan pagi untuk mereka sekali. Entah masih adakah peluang aku akan berjumpa dengan dua orang tu lepas ini, aku pun tak tahu. Kalau betul ini kali terakhir, sekurang-kurangnya memori terakhir aku dengan mereka dengan perbuatan yang baik seperti ini.

Selesai kerjaku di dapur, aku bawa diri terus naik ke tingkat atas. Bilik Haziq tu menjadi destinasiku. Nak ajak suami aku tu bersarapan pagi hari ini. Masuk sahaja di dalam bilik itu, semerbak bauan maskulin itu menyapa rongga hidung. Haziq, tak pernah tak wangi kalau nak ke mana-mana.

Waktu ni Haziq tengah mengemaskan tali leher yang dah terletak di lehernya. Secara perlahan aku menghampiri lelaki itu, tubuhnya yang membelakangi aku itu jadi tempat tanganku melingkar. Peluk Haziq erat. Bekal untuk diri sendiri kalau aku rindu atau risaukan dia.

"Encik, saya sayangkan encik sangat-sangat." Luahku tulus, rasa tak nak lepas langsung bila fikir apa yang akan jadi lepas ni.

"I love you more, love." Sahut Haziq. Dalam betul senyuman yang menyenget di bibirnya itu tatkala aku buka mata, melihat pantulannya daripada cermin. Tak biarkan aku berseorangan, pelukan itu dia leraikan sebelum tubuhnya itu mendakap aku semula. Maka makin kejaplah kami berpelukan.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now