Bab 49

6.8K 438 84
                                    

29 December 2020/07 October 2024

"Berapa jauh lagi kita nak lari ni encik?" laungku kuat dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Berapa jauh lagi kita nak lari ni encik?" laungku kuat dari belakang. Ada rasa nak pitam juga ni sebab aku rasa tak cukup oksigen. Entah ini dah berapa kilo meter kami pusing di kawasan perumahan rumah ni pun aku dah tak tahu. Tapi yang pastinya memang cukup jauh daripada rumah kami sebab cara aku bernafas dah macam anak unta tak cukup kalsium aje lepas Haziq paksa aku ikut dia berjogging tanpa henti.

"Sikit aje lagi, love. Sampai hujung perumahan tu kita berhentilah." Sahut Haziq yang beberapa meter jauh ke hadapan itu.

Sampai hujung perumahan sana? Jangan nak membohonglah dengan aku! Tadi pun dia cakap macam tu juga. Tapi bila sampai kat sini, berganti pula garisan penamatnya di hujung sana. Dahlah kami tengah naik bukit ni, tu dah terang-terang helah dia aje!

"Encik pergilah sendiri. Saya tak nak dah lari." Aku halau dia. Terketar-ketar kakiku melangkah ke ruang pejalan kaki itu. Terduduk sahaja, kejang-kejang manja tu bertukar agresif bila rasa sakit itu menakluki otot di daerah betis ni. Dada ni pun sempit gila. Semputnya itu masya-Allah... Rasa nak baring aje kat sini.

"Haih? Kata sanggup buat apa aje untuk meraih kemaafan aku?" komen Haziq yang dah berjalan mendekatiku.

"Tak payah maafkan pun tak apa kalau macam gini gayanya. Encik sumpah saya jadi mentadak-mentadu ajelah. Habis cerita!" jeritku lantang. Kurang hajor bebenor mamat ni. Kalau dia denda aku ikut dia jogging aje terus dia maafkan tak apa juga. Ni dia denda dulu, baru dia fikir dia nak maafkan aku ke tidak. Sungguh tak adil!

Entah apa yang lucu pada balasanku itu, yang pastinya itu mampu buat Haziq terhibur dengan tertawa suka begitu.

"If nonsense can be considered a speciality, you're already winning." Dia bercakap sendiri, tapi nak aku dengar. Ceh! Sempat lagi kutuk aku.

Sesampai sahaja di tepiku, Haziq duduk melutut satu kaki ke jalan raya. Iris hitam tu langsung mendarat tepat ke kakiku.

"Sakit kaki ke?" Bila dah ada bau-bau simpati tu, wajib kena cepat-cepat ambil peluang kalau nak dia maafkan aku. Laju aje aku angguk.

"Sakit." Aduku, lepas tu bibir sengaja dicebir. Mahu tak ingat yang aku ni tengah berlakon, crocodile tears aku pun akan tumpah sekali.

"Mana yang sakit tu?" tanya Haziq, prihatin. Makin galaklah bunyi-bunyi minah gatal tu terluah daripada bibirku.

"Betis ni..." Pangkal betis kananku picit-picit lembut. Tekun Haziq memerhati, itu lagi buat aku rasa terharu dengan kepeduliannya. Baru hati nak berbunga-bunga girang bila Haziq mahu memeriksa itu, rasa menyengat pada bahagian kebas itu buatkan aku terbangkit seinci daripada dudukku.

"Argh! Apa benda ni encik?!" Langsung sahaja bahunya itu aku tampar kuat. Suruh dia menjauh lepas dia pandai-pandai dipicit betis aku. Kuat pula tu. Dia ni tengah ikut intrusive thoughts dia ke atau sengaja buat-buat pekak yang aku cakap kaki aku ni tengah sakit tadi?!

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now