Bab 57

5.9K 315 45
                                    

24 February 2021/15 October 2024

Trigger WarningThis chapter contains intense violence and graphic content

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Trigger Warning
This chapter contains intense violence and graphic content. Reader discretion is advised.

"Dah dapat tak info tu daripada dia?" Aku yang cuba menggurangkan rasa pedih pada kulitku beberapa minit selepas Leon diarahkan untuk buka tali itu daripada mengikatku cekap sahaja menangkap soalan itu. Tadi tu bukan Ziad kerana kali ini suara itu kedengaran lebih berumur.

"Dia tak nak mengaku, pa." Ziad yang balas soalannya.

"Paksa, la. Nak juga aku yang uruskan semua benda!" rengus suara berumur itu.

"Dah cuba, tapi dia tak nak buka mulut juga."

"Haih!" Bertambah garang keluhan dilepaskan. Betul tak puas hati dengan jawapan Ziad tu. Dari kejauhan, satu susuk hitam melangkah ke arah kami. Spesifik ke padaku. Berpasir liur aku tatkala mendengar bunyi tuktaktuktak kasut susuk itu yang menjadi pencemar bunyi di bangsal ini tapi kali langkahnya diambilnya. Tubuhku yang bergari bertambah dingin apabila benda pertama yang aku lihat saat lelaki itu muncul di bawah cahaya terang ini ialah ukiran serigala pada kepala tongkatnya.

"Eh, mana kau simpan permata yang ibu kau bagi dulu?" Pang! Hujung tongkatnya itu dihentak kuat pada kaki kerusi apabila dia sudah berdiri di tepi aku.

Tertahan nafaku, gerun saat getaran daripada pukulan tu naik sampai ke tubuh aku. Meremang dua kali ganda!

Tadi mama, kali ini arwah ibu aku pula yang dituduh bagi permata tu kat aku. Aku geleng kepala pada pertanyaan itu.

"Saya tak tahu."

"Ziad!" Lelaki itu angkat satu tangannya di udara. Ziad yang tadinya cuma menjadi pemerhati kini tercegat daripada terus berpeluk tubuh. Pistol yang ada di tangan dibawanya laju lelaki itu.

"Here, papa." Mendengar sahaja panggilan Ziad tersebut, laju aku curi pandang lelaki tua itu. Tak berkedip aku lihat lelaki yang kelihatan lewat enam puluhan itu. Muka angkuhnya kelihatan sihat walafiat apabila cara pemakaiannya langsung tak seperti usianya. Segak dan nampak berkenamaan. Jadi inilah Datuk Jalil!

"Kau cakap apa tadi? Kau tak tahu?" soal Datuk Jalil. Berganti tangan sahaja pistol itu, Datuk Jalil menarik safety lever itu lalu dia halakan muncung pistol itu ke kananku. Dan...

Bang!

"Argh!" Meninggi jeritan keras itu, bergema hebat apabila peluru senjata api itu telah lesap ke tubuh Affan.

"Affan!" Aku mula menangis. Terlalu takut dan terkejut melihat tubuh lelaki itu meronta dahsyat bagai ikan yang terdampar di daratan. Menggelupur menahan kesakitan yang menular ke segenap tubuhnya.

"Jangan! Jangan buat kawan saya macam ni!" pohonku. Tak sanggup lihat Affan diapa-apakan lagi bila muncung pistol itu tak diarahkan ke mana-mana melainkan Affan.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now