Bab 30

7.1K 341 16
                                    

21 August 2020/02 September 2024

Sesauk demi sesauk nasi putih aku masukkan ke dalam pinggan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesauk demi sesauk nasi putih aku masukkan ke dalam pinggan. Masih terasa sebal tu bila teringatkan apa yang jadi petang tadi. Apa yang Haziq buat tu, memang tak bersivik langsung! Boleh pula dia paksa-paksa aku teman dia tidur.

Huh, paksa la sangat. Aku pun dua kali lima sepuluh da... Tak sampai lima belas minit aku 'digari,' tup-tup aku pun pengsan macam Haziq. Tidur macam majlis nikah kami dah berakhir.

Sedar pun bila terdengar suara mama bising-bising dari luar. Buka mata, mama dah berada di ambang pintu bilikku. Dalam keadaan mamai tu, sempat lagi aku perasan mama tersenyum lucu diikuti gelengan pasrah. Belum sempat aku bangun separa, dada rasa berat.

Paling kepala, hampir kena strok aku tengok si pemberat dada aku tu kepala orang. Sepantas kilat aku berpusing-pusing, tolak kepala Haziq tanpa sengaja. Nyaris-nyaris aku nak tendang kepala dia macam bola!

Aku perhati aje Haziq yang mula tersedar tu dalam keadaan seram. Ah... mamat ni. Tak boleh diberi ruang langsung, cepat aje dia ambil kesempatan! Punca kenapa kena berwaspada selalu ni. Takut nanti belum apa-apa, benda lain pula yang jadi.

"Mama faham kamu dua ni dah sah, tapi beringat-ingatlah sikit yang majlis kamu belum selesai lagi. Lepas majlis nanti, kamu nak berkasih sayang sampai subuh esok pun tak ada siapa yang nak halang."

"Ma!" Mahu aku meraung di situ bila dengar benda yang aku tak nak dengar itu. Mama pula tu si pengucapnya. Malu dapat, muka pun merah padam, tinggal sakit aje lagi belum dapat. Ni yang aku berura-ura nak langgar dinding ni. Hentak kepala, biar hilang ingatan dengan apa yang jadi tadi.

Rumusnya, sepanjang majlis aku kena tahan malu dengan mama yang tersenyum-senyum tiap kali menjeling kami. Siksa tau! Makin bertambah siksanya tu bila Haziq buat selamba aje. Nasib baiklah aku mampu tahan emosi, mahu tidak memang laju aje bunga telur manggar tu aku libas di kepala pengantin lelaki!

"Ahhahaha..."

Sebaik sahaja mendengar suara makcik-makcik yang bersembang kuat itu, laju sahaja aku tersedar daripada lamunan buruk itu. Tahu-tahu sahaja, nasi dalam pinggan tu dah bergunung. Mengeluh kecil, separuh nasi itu aku tolak masuk ke dalam bekas nasi. Tak tahu nak ambil lauk apa, aku kaut ikut suka hati memandangkan Haziq pun tak cakap selera dia macam mana. Yang aku tahu pakcik tu amalkan permakanan sihat. Haraplah dia tengok ayam goreng berempah ni sebagai healty menu.

"Helok suami Si Erah tu, kan? Kaya pun kaya. Pandai dia cari yang sepadan." Naik hujung telingku mendengarkan suara itu. Eh, kalau tak salah aku itu suara Makcik Saira. Sepupu kepada arwah ayah dan mama.

"Tengoklah mak menakan dia siapa! Aku ni tahu yang ajar budak tu cari yang elok kalau nak kahwin nanti." Itu pula suara Makcik Lailah, adik kepada arwah dan kakak kepada mama. Amboi... makcik aku seorang ni pun kaki claim! Tersenyum aku. Ada-ada aje.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now