Bab 03

8.7K 397 3
                                    

25 Mac 2020/ 06 April 2024

25 Mac 2020/ 06 April 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lepas!"

Aku retap tanganku kuat dari genggaman lelaki ni lagi. Cuba untuk melepaskan diri, tapi rasa perit itu semakin terasa pula bila dia menambah kekuatan pada cengkamannya.

"Lepaslah!" Meronta lagi. Namun sedikit pun lelaki itu tidak terkutik. Tidak hiraukan aku, malahan matanya kekal memandang dua orang lelaki tadi. Bagai cuba memahami keadaan.

"No. Kita belum selesai lagi." Balasnya tanpa sedikit pun berkalih kepadaku.

"Belum selesai apanya? Salah saya cuma terlanggar encik aje. Itu pun ter! Bukan saya suka-suka langgar!" marahkan aku pula. Mahu dia sedar perbuatannya ini salah.

"That makes our actions equal. So, deal with your crap!"

Kepala otak kau equal!

"Kalau encik tak lepas, saya menjerit!" Tak dapat cara meronta, aku ugut dia pula.

"Try me." Cabarnya pula. Wajahnya yang dingin tadi kian beku. Menunjukkan yang dia tak kesah sama sekali kalaupun aku melalak minta tolong.

"Tolonglah encik! Saya kena pergi!" Jeritanku tadi berganti pula dengan rayuan. Betul-betul terdesak apabila dua orang lelaki itu sudah mendekat.

"Sebab mereka ke?" Lelaki itu pusingkan wajahnya melihat ke arah dua orang lelaki tegap itu lagi sekali.

Mereka masing-masing bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan aku. Tapi sesiapa pun daripada antara mereka yang dapat aku, keputusannya tetap sama. Aku tetap akan jadi bahan terajang anak buah ahlong-ahlong itu!

"Ya! Tolong lepaskan saya!" Terpaksa mengaku, aku merayu lagi. Tak ada apa yang aku mampu buat sekarang ini selain mohon jasanya. Namun pandangan tanpa emosi lelaki itu tidak memberi sebarang jawapan. Dia hanya pegun seketika dengan kening sedikit berkerut sebelum memandangku tajam.

"Kau ni perempuan yang bermasalah ke?"

Pertanyaan yang ajaibnya boleh terkeluar daripada orang asing sepertinya. Apa maksud dia dengan bagi soalan macam tu? Belum pun aku beri konfirmasi, lelaki ini meneka lagi.

"An escort? A sugar baby?"

Terkejut dengan soalannya itu, automatik balasanku melahar.

"Encik tu apa pulak? Mangkuk hayun? Mangkuk bertingkat-tingkat? Ingat saya ni perempuan macam mana?!" Hah, kan. Free-free kena setepek ayat mangkuk hayun bin mangkuk bertingkat tu. Suka-suka jiwa aje tuduh orang yang tak dikenalinya seperti itu. Aku ni masih ada agama tahu! Terdesak macam mana sekali pun, aku tak akan buat benda macam itu!

"Lepaslah mangkuk hayun!" Masih berkeras, sekali lagi tanganku tarik. Tapi tengok dari rupa dan pergerakkan, lelaki ni seperti tidak terkesan langsung dengan rontanku. Malahan dibuatnya usaha aku tu macam habuk yang menempel di permukaan bajunya. Worthless!

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now