Bab 59

480 46 8
                                    

17 October 2024

Aku yang baru sahaja keluar dari dalam bilik Affan itu tersentak bila ada tangan kasar yang mencengkam lenganku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku yang baru sahaja keluar dari dalam bilik Affan itu tersentak bila ada tangan kasar yang mencengkam lenganku. Terasa sentuhan tersebut berbahaya, cepat sahaja aku sentak pegangan itu. Bila pusing, liur berkerikil pula yang aku telan tatkala pandangan membunuh itu tertancap pada wajahku. Erk! Apa hal pula Haziq boleh ada kat tingkat tiga ni?

"Buat apa kat sini?" Aku nak tanya benda tu, tapi Haziq dulu yang bersuara.

Pintu bilik yang baru sahaja aku keluar itu terus dilihatnya, namun bagai dia mampu mengagak bilik siapa yang aku lawati itu, anak mata Haziq mengecil. Selaras itu wajahnya pun mengetat.

"Jom naik!" Suara lembut dia dah hilang, kini tinggal ketegasan sahaja lagi yang kedengaran. Bukan diajak, tapi kelakuan Haziq ni dah sampai tahap mengheret.

"Tak payah sentuhlah!" Rimas dipegang begitu, aku cuba melepaskan diri daripadanya. Namun Haziq tak bagi pilihan itu bila sekali aku menolak, makin cekap tangannya itu memaut ke sebelah lagi lenganku. Gelabah aku bila di hujung sana ada pula jururawat yang sedang menolak troli ke arah kami. Lagi laju aku tangkis pautan tangan Haziq tu.

"You want to play this kind of game, huh? I'm in! Sampai besok pagi pun kalau kau nak kita tetap bertepuk tampar di sini aku tak ada masalah!" Serius maut ujarannya itu. Dan sekali lagi aku dipegangnya, kali ini tangannya itu hinggap di pinggangku pula. Sikit lagi penumbukku ni sampai ke mukanya, tapi aku terpaksa longlaikan kaki. Berlakon sakit sendi lutut di pangkuan Haziq tu apabila jururawat tadi lalu di tepi kami.

Senyuman ramah itu lebar di bibirnya walaupun ada garis pelik di wajah jururawat itu melihat kelakuan kami.

"Apa masalah encik ni, hah?" Hilang sahaja jururawat itu, aku buang terus lakonan mantapku. Sekali dengan menolak Haziq kasar agar menjauhi aku. Sikit-sikit pegang dahlah. Ni sampai kena rangkul-rangkul begitu, memang minta kaki! Lupa ke luka di bahagian perut aku ni belum sembuh?

"Sepatutnya aku yang tanya soalan tu kat kau. Kenapa boleh ada kat sini?" Haziq pun bukan sikit-sikit marahnya. "Jumpa Affan, kan? Buat apa?"

Langsung terhenti rontaanku bila Haziq berkata begitu.

"Macam mana encik boleh kenal Affan?" Keliru aku dibuatnya. Aku tak pernah mention pun nama lelaki tu selama ini depan dia. Macam mana dia tahu?

"Memang selama ni encik tahu semuanya tentang saya, kan?" Aku tahu aku benar bila tergarit rasa bersalah itu di wajahnya itu. "Bukan pasal kita sepupu aje, kan? Tapi encik tahu semua, sedetail-detail mungkin pasal hidup saya, kan?"

"Unierah..."

Air mata yang cuba aku bendung selama seminggu ini pecah juga sebab aku dah capai limitku. Aku penat sangat-sangat mengetahui rahsia demi rahsia melibatkan lelaki ni. Sehingga hari ini, masih ada benda yang aku tak tahu pasal dia. Dan itu buat aku makin takut pada Haziq.

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now