Bab13

5.9K 310 60
                                    

14 May 2020/ 31 Mei 2024

Baju-baju bayi yang tergantung di satu sudut itu sekadar jadi belekkan aku. Tak ada yang menarik perhatianku langsung. Cukup syarat untuk aku puji comel aje. Aku ingatkan bila Haziq ajak aku ke sini sebab dia nak shopping untuk diri sendiri. Lepas tu guna kudrat aku untuk angkat barang-barang dia. Plot twist pula aku rasa bila dia ajak aku beli barang-barang manusia kerdil begini. Banyak pula tu dia beli. Bukan setakat baju, stroller pun dia angkut sekali. Nak bagi kat siapalah agaknya? Anak dia baru lahir ke?

Orang begitu pun ada juga yang berkehendak ke masalahnya? Cara aku cakap macam Si Haziq tu spesies tak laku aje. Dia tu bukan macam kau la, Unierah. Pakcik Aircond tu petik jari sekali aje, empat penjuru bangunan ni penuh sebab nakkan dia. Yalah. Orang kaya… Muka hauk tak apa, janji poket tebal.

Tapi tak kesahlah apa pun, sekarang ni yang sengsaranya aku sebab betul-betul pula aku jadi tenaga pengangkat bakul-bakul dia ni aje. Rugi… Sangat-sangat rugi bangun awal-awal untuk buat benda tak mendatangkan hasil yang berbaloi macam ni. Dahlah esok masuk kerja balik. Fikir pasal kerja, spontan mulutku terbuka. Menguaplah pula. Tengok, tanda tak cukup waktu rehat ni. Terima kasih pada Haziq sebab dia punca utama aku jadi macam ni.

“Unierah!”

Apa hal pula panggil-panggil aku ni? Aku palingkan badan kepada si penyeru. Tapi bila dah berpaling, Haziq relaks aje berbual sesuatu dengan staff perempuan Chicco Store ni. Tengok dari cara body language dia, macam tak ada pula Haziq perlukan khidmat aku sebagai orang suruhan dia. Baru aku nak pandang balik baju-baju bayi itu, sekali lagi suara Haziq kedengaran.

“Unierah. Come here!” Bila Haziq dah alihkan perhatiannya kepadaku, tahulah itu arahan legit darinya. Cepat-cepat aku mendekati dua manusia itu. Jadi minah turut kepada pak pengarahnya.

“Ye, Encik Haziq.” Sahutku. Masa itulah jugalah staff perempuan itu membawa diri. Tinggalkan aku dengan Haziq berdua.

“Choose.” Arah Haziq. Di tangannya, ada dua baju newborn. Saiz yang sama, warna yang berbeza. Satu warna yellow pastle, yang satu lagi baby blue. Aku tenung dulu baju tu sebelum angkat kepalaku.

“Encik nak saya pilihkan untuk encik, ke?” Aku tahu soalanku itu soalan cari nahas, tapi sengaja nak pastikan. Naik mata lelaki itu menjeling ke siling lalu nafas dihela jengkel. “Pilih ajelah.”

Orang tanya pun nak marah. Ciri-ciri pendek umur tu, encik! Hujung bibirku garu perlahan lalu tunjuk baju berwarna baby blue itu. Haziq mendengus sinis.

“Lama-lama kau tengok baju ni, yang biru ni juga kau pilih? How basic.” Komennya. Langsung tak menghargai pendapat aku sedangkan dia yang suruh aku pilih tadi.

“Salah ke? Baby tu baby boy, kan?”

Naik terus kening lelaki itu. Ah, mesti dia pelik macam mana aku boleh tahu jantina bayi ‘bertuah’ tu.

“Baju-baju yang ada dalam tu warna biru kebanyakannya. Tu yang saya agak barang-barang ni untuk baby boy.” Aku bagi penjelasan. Biar Haziq faham.

“Sempat lagi kau curi-curi tengok barang-barang tu ya?”

Erk! Tertangkap pula. Aku pandang Haziq lalu sengih bersalah.

“Saya tertengok encik. Bukan sengaja.” Tak salah kut kalau pun aku selidik sikit-sikit benda yang dia beli ni. Bukan aku ada niat nak bawa lari pun.

“Tapi encik, saya tak pilih warna baby blue ni sebab baby tu baby boy aje. Tapi sebab baju ni memang selesa. Tengok ni, seratus peratus cotton.” Tag baju itu aku tarik dan tunjukkan nama material baju tu. Kemudian, baju itu kusentuh. Ermmm… Cukup lembut. “Encik nak tahu, baju yang diperbuat daripada cotton ni sangat sesuai untuk newborn tahu. Sebab material cotton ni tak menyebabkan alergik, kulit baby pun tak akan rengsa. Lagi satu, material ni breathable. Maksudnya, kain ni kain yang sejuk. Nanti bila baby pakai, mereka akan selesa dan tak akan rasa panas.”

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now