Bab 19

5.9K 291 27
                                    

08 May 2020/ 10 July 2024

No italic

“Tak ada.” Pelik tak pelik, wajib untuk aku jawap soalan Haziq tu.

“Tunang?”

Geleng. “Mustahil.”

"Is there someone you're waiting for?"

“Méiyǒu.”

“Are you currently having a romantic relationship with someone?"

Berapa banyak soalan da… Ni kalau aku biarkan satu soalan dijawap satu jawapan, sampai ke sudah tak akan habis. Ada lebih baik aku bagi dalam jawapan panjang tapi padat.

“Untuk pengetahuan encik, rekod status saya bersih. Saya tak pernah ada boyfriend, tak pernah couple-couple monyet, tak pernah bertunang, apatah lagi nak bersuami. Saya single, solo and molo sepanjang hidup saya.” Jawapku. Jelas tanpa hela.

Ilham yang menjadi pendengar angguk-anggukkan kepalanya. Dia nampak berpuas hati dengan jawapanku. Manakala Haziq, well… Reaksinya tidak mengalami perubahan yang ketara pun. Tetap tenang dengan wajah dinginnya itu.

“Huh. Very good.” Balas Haziq. Tubuhnya dipeluk sesudah meletak iPadnya.

“Apa yang good?” Tak faham aku. Bagus apanya?

“Kau tahu, hutang kau boleh langsai dengan mudah?” Seperti biasalah, soalan aku tak penting untuk dia jawap. Lagi penting untuk dia yang bagi soalan. 

“Tapi dengan syarat kau kena kahwin dengan aku. What say you?”

Daripada berminat nak dengar, terus aku jadi batu pula lepas Haziq habiskan ayatnya. Hah? Kahwin dengan dia?

“Saya?” Aku tunjuk diri sendiri.

“Kahwin?" Dua jari telunjuk disatukan.

“Dengan encik?” Lalu jariku terarah kepadanya.

“Ya. Sepuluh markah untuk kau.” Dia mengeyakan dengan bahasa sarkastik lagi.

Terpinga-pinga aku jadinya. Kosa kata pun hilang saat aku tenung Haziq yang tetap santai macam apa yang dikatanya tadi bukan sesuatu yang perlu aku bimbangkan. Dia ni biar betul? Demam ke apa cakap macam ni dengan aku?

“Encik ada termakan benda-benda pelik ke pagi tadi?” Kepalaku terteleng hairan ke kiri. Tengung dia dalam-dalam.

“Encik tersalah makan ubat gegat, ya?”

Spontan, Ilham yang berada di sebelah itu meledak dengan berdekah galak. Dia menjadi pendengar, dia pula yang terhibur lebih. Sampaikan orang yang lalu semeter jauh dari tempat kami ni boleh angkat kepala, curi tonton apa yang jadi.

Naik otot mata Haziq tu, jelas tak suka dengan balasan aku mahupun reaksi Ilham. Laju Ilham di jeling marah, automatik gelak lelaki itu mati.

"Erk... Sorry, bos."

Rengusan kecil Haziq itu menghantar signal yang dia tak mahu Ilham cuba-cuba menyibuk urusannya.

“Aku serius dengan kau ni, Unierah."

“Saya pun tak main-main encik.” Apa dia ingat aku buat lawak bodoh ke apa? Aku pun serius!

Haziq mendengus lemah. Rahangnya diketap, bagai mengawal dirinya daripada mengeluarkan apa-apa ayat yang akan menyakitkan hati. Posture ditegakkan lalu diubah betul-betul selari dengan aku. Kemudian artikulasinya digerak semula.

“Aku cakap sekali lagi, kahwin dengan aku, Unierah. Kau jadi je isteri aku, hutang kau tu kira langsai. Dan aku janji, aku akan jaga dan lindungi kau macam mana keluarga kau buat selama ni.”

MR. KING CONTROL (C) Under Edit~Where stories live. Discover now