H4

4.7K 155 5
                                    

"Wan... err.. Kak Mai berhenti kerja.."
           Dafika yang duduk bersila sebelah anaknya teragak-untuk memberitahu, sesekali matanya melirik kepada Ezhar yang berdiri di muka tingkap yang terbuka luas. Muka lelaki itu selamba je menghembus asap rokok keluar dari jendela.

"Laaa... kenapa Mai berhenti? Takde pulak dia datang jumpa Wan cakap nak berhenti."
            Soal Hajah Salhah kembali.

"Err... dia.."

"Har yang halau dia tadi."
          Laju Ezhar memotong ayat Dafika yang belum habis.

           Serentak mata yang berada di raung tamu itu menoleh kepada Ezhar. Lelaki itu masih berlagak biasa di tepi tingkap.

"Kenapa Har halau Kak Mai?"
            Lembut Wan bertanya lagi.

"Tak guna la perempuan tu ada kat situ Wan, dia masak bukan sedap pun. Sedap lagi Fika masak. Lagipun bukan Har tak tahu dia selalu buli Fika. Buat Fika macam hamba dia. Tak guna simpan pekerja macam tu lagi Wan."

"Kan saya dah cakap dengan awak, Mai tu memang selalu buli Fika. Awak tak percaya."
          Bidas Haji Borhari tiba-tiba.

"Betul ke Fika?"
         Soal Hajah Salhah lagi sambil memandang Dafika yang masih bersila sebelah anaknya.

"Tak la Wan.. Kak Mai memang garang sikit, tapi perangai dia memang macam tu, dia tak buli pun cuma dia banyak ajar Fika.."

"Tak payah kau nak sebelah perempuan tu lagi Fika, Aku tengok dia sekali pun aku tahu dia suka conquer orang. Bukan aku tak dengar dia arah kau macam-macam. Dia ingat kedai tu bapak dia punya ke?!"

         Sekali lagi hujung mata Dafika mengarah tajam kepada Ezhar. Nak dilawan takut Wan dengan Atok kata apa, akhirnya dia diam je la.

"Kalau macam tu, esok Wan turun ke kedai, tolong Fika, sementara kita dapatkan tukang masak baru."
           Cadang Hajah Salhah, dia pun tahu panas baran Har bukan boleh dibuat main-main. Dan Salhah sedikit menyesal bila dia lambat tahu tentang perangai Jamaidah pada Dafika.
         Pernah beberapa kali dia bertanya Dafika, namun wanita itu seolah-olah menutup buruk Jamaidah.. huh...

"Tak payah susah-susah lah Wan, nanti Har tolong Fika kat kedai."

"Kau nak tolong apa Har? Kau tahu memasak ke?"
       Sedikit tergelak Haji Bohari dengan kenyataan cucunya. Bukan dia tak tahu, Ezhar paling malas ke dapur. Nak buat air pun sanggup ke kedai makan sebab malas nak kacau sendiri kat dapur. Mmmm...

"Ala Tok.. setakat potong-potong sayur, buat air tu, kacang je la! Har dah biasa. Nanti Har jadi pembantu yang setia untuk CHEF DAFIKA AWANIS!."

          Sekali lagi Dafika melirih kearah Ezhar. Lelaki itu dengan selamba mengenyit mata ketika pandangan mereka bertemu. Makin la sakit rasa jiwa Dafika!
          Kalau bukan Ezhar tu cucu Atok ngan Wan, dah lama dia sekeh kepala lelaki tu!

"Takpe.. nanti balik sekolah, Arsyad pun tolong mama kat kedai okay."
         Ujar Karsyad yang dari tadi sedang menyiapkan tugasan sekolahnya.

"Eh budak kecik, Kau tu masih sekolah. Tak payah nak buat kerja orang tua. Kerja kau tu belajar je. Nanti dah pandai, dah ada kerja baru bagi duit kat mama kau. Mimpi basah pun tak lagi, ada hati nak buat kerja kat kedai."

         Laju Dafika menerkup kedua telinga Karsyad ketika mendengar perkataan 'mimpi basah' yang dikeluarkan dari bibir Ezhar.
        Sekali lagi matanya menjeling lelaki itu.

"Kau ni Har.. nak nasihat tu elok-elok la.. Arsyad tu budak kecik lagi. Entah apa yang dia fikir nanti."

"Salah ke Har cakap macam tu kat Arsyad?"
            Ezhar membidas semula nasihat Wan nya.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now