H37 (Mature Contents)

14.8K 187 93
                                    


POV DAFIKA

"Kalau malam ni sayang bagi makan, mungkin tak lapar lagi kot."

Kening Dafika bercantum mendengar kenyataan Ezhar,
Pandangan dilirik kepada penjual dihadapan, takut terdengar bicara mereka.
Lantas ekor mata kembali menjeling suaminya disisi.
Malas nak dilayan lagi otak kuning Ezhar.

Selepas Ezhar membuat pesanan, Dafika menoleh kiri dan kanan pasar tersebut. Memang meriah.
Dia perasan, banyak pelancong dari Korea dan jepun datang kesini. Mungkin sebab laut kat Sabah cantik kot.

Entah apa lah jadual mereka untuk esok? Ezhar nak bawa ke pulau pulak ke? Haih.. Ketika dia mendarat di Sabah, entah kenapa terasa sedikit ketenangan.
Setibanya di hotel, Dafika dapat melihat laut dari ketinggian bilik yang dia dan Ezhar duduki.

Dafika menoleh lagi kebelakang. Matanya menangkap kawasan luas seperti laut selang beberapa buah gerai. Sebelum ni pemandu pelancong pernah menceritakan Pasar Sinsuran adalah bersebelahan dengan Pasar Filipina dan dibelakangnya adalah laut.

Ketika Dafika mengamati kawasan tersebut dari jauh, tiba-tiba telefon didalam poket Ezhar bergetar lantas jemarinya yang tadi bertaut dengan lelaki itu dilepaskan.

Dafika menjuih bibir ketika Ezhar menjawab panggilan. Tak lain, mesti Harwana! Rasanya sejak dia sampai ke sini entah berapa kali wanita itu menelefon suaminya.
Yang Ezhar ni pun tak menyempat-nyempat nak angkat.

Rengusan Dafika luah, hajat hatinya ingin bergerak ke tebing melihat laut di tengah kota Kinabalu itu. Sementalah makanan yang mereka oder masih belum masak.

Ketika menyusur tebingan laut, Dafika tidak sedar yang dia makin menjauhi suaminya. Air jernih di bawah seakan memanggil dia untuk terus merapati laut.
Perlahan dia menapak hingga sampai ke hujung gerai. Dafika tersedar, segera dia berpaling mencari arah asalnya, dengan kata lain mencari kelibat Ezhar juga.

Dalam keriuhan figura suaminya langsung tidak kelihatan. Dafika bergerak lagi, semua gerai seakan sama. Dia sendiri pun terlupa akan gerai yang dikujunginya tadi.
Ketika jantung yang kuat bergoncang, Dafika mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon Ezhar.

Saat telefon itu berada di tangan, Pak! Seorang lelaki yang entah datang dari mana terus merampas telefon itu sebelum melarikan diri.
Dafika menjerit seketika kerana terkejut.
Tanpa berfikir lagi, dia terus mengejar lelaki itu,

Dalam keriuhannya lautan manusia, Dafika menyelit-nyelit tubuh kecilnya untuk mengejar lelaki itu. Hingga langkahnya keluar dari deretan gerai.
Lelaki yang mencuri telefonnya masih dihadapan. Dafika taknak mengalah. Langkah dipercepatkan untuk mengejar hingga tanpa sedar dia melalui satu lorong gelap.

Derap kaki Dafika terhenti. Lelaki yang dikejarnya tadi turut berhenti dihadapan dan memusing memandang Dafika.

Terus jantung Dafika mati. Langkah setapak diundur kebelakang, dan ketika merasakan ada orang dibelakangnya, Dafika memusing.

Kelihatan dua orang lelaki yang berpakaian jaket hitam serta seluar jeans hitam mula mendekatinya.
Hati Dafika dirundum ketakutan. Dia seakan dikepung oleh 3 lelaki. Ya Allah.. bantu lah aku..

"Kita dapat ikan sedap hari ni.."

Seorang dari mereka berbicara membuatkan seluruh tubuh Dafika mula merenik peluh. Dia takut.

"Abang... selamatkan Fika.."
Merintih suara Dafika walaupun hanya telinganya yang mendengar. Wajah Ezhar tak lepas dari angannya.

Ketiga-tiga pemuda itu makin mendekati Dafika. Dan dia hanya berdiri kaku kerana tahu tiada lagi jalan keluar untuknya.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now