H33

4.2K 150 55
                                    

Mesyuarat lembaga pengarah diadakan kali kedua selama 2 minggu Ezhar bekerja di syarikat ayahnya. Semua seakan tidak setuju bila jawatan Ezhar diangkat tinggi secara tiba-tiba, memandang lelaki itu tiada kelayakan serta pengalaman.
Sepanjang perbincangan, Ezhar banyak mendiamkan diri. Mengaku akan kelemahan yang bertapak pada seluruh dirinya. Kadang-kadang penyesalan timbul berliku-liku dihati kerana terlalu ikutkan jiwa muda. Akibatnya dia menanggung segala penyesalan yang tiada bertepi.
Seusai mesyuarat yang belum di'cop' kata putus lagi. Semua ahli lembaga keluar, tinggal Tan Sri serta dua anaknya masih di dalam bilik besar itu.

"Abang.. sabar lah.. nanti Reen cuba pujuk lagi ahli yang lain untuk submit position abang."

"Tak pe la Reen, abang rasa elok jugak kalau abang bermula dari bawah. Lagipun abang memang tak tahu apa-apa."
Perlahan Ezhar menjawab pujukan adiknya. Dia sedar kelemahan itu datangnya dari diri sendiri.Tak perlu salahkan sesiapa.

"Abang jangan risau, nanti Reen tolong abang."
Sekali lagi Ezreen memujuk.

Ezhar mengangguk faham,seraya mata melihat adiknya yang sudah bangun lantas mengepit komputer riba disisi.

"Reen.. papa dengar Reen ada boyfriend baru sekarang ni."
Pertanyaan Tan Sri Iskandar memakukan langkah Ezreen. Segera anaknya itu memusing tubuh lantas sekali lagi mengorak senyum.

"Mesti Kak Wana cakap kan?."
Meleret ayat Ezreen menyoal kembali ayahnya.

Sememang Harwana yang memberitahu Tan Sri Iskandar. Bukan salah wanita itu, beliau sendiri yang mengarahkan Harwana untuk mengawasi anaknya.
"Nanti ada masa bawa jumpa papa, papa ni bukan memilih jodoh Reen. Cuma papa nak kenal dengan siapa lelaki tu."

"Okay pa, Insha Allah Reen akan arrange date untuk bawa jumpa papa."

Tan Sri Iskandar mengangguk lagi seraya melepaskan matanya membawa Ezreen hingga keluar bilik. Pandangan dikalih kepada anak lelakinya yang banyak mendiamkan diri.
Sedih juga hatinya bila cadangan ditolak oleh ahli lembaga kerana menyatakan anaknya tidak berkemampuan. Sedang mereka tidak sedar, Ezhar sebenarnya seorang lelaki yang sangat berkebolehan.

"Har okay?"
Lembut pertanyaan Tan Iskandar kepada anaknya.
Ezhar mengangguk sambil mengorak senyum, sedang hatinya masih bergolak.

"Insha Allah, papa dan Reen akan bantu Har."

Sekali lagi Ezhar mengangguk. Dia bukan budak kecil yang tak mengerti bila dipujuk.Cuma rasa hormat tu membuatkan Ezhar mengiyakan kata-kata ayahnya.

"Papa.. boleh Har tanya sesuatu.."

Tan Sri Ezhar yang baru mematikan 'Tablet electronic' nya, mengangkat wajah. Mata anaknya dituntun.

"Betul ke apa yang Wana cakap tentang semua perkara pasal papa dan isteri kedua papa?"

Keluhan Tan Sri Iskandar lepaskan ketika anak menyebut berkenaan Kamelia. Kepala diangguk mengiyakan.

"Tapi kenapa papa tak bagi tahu mama?"
Soal Ezhar kembali.

"Papa buat kesilapan besar masa tu, papa terpaksa kahwin untuk selamat kan maruah papa dan dia."

"Sama macam kes Har ke?"
Ezhar terus mengorek rahsia. Perasaan ingin tahu, meluap tinggi. Namun gelengan dari Tan Sri Iskandar memberi kerutan diwajahnya.

"Kes kita tak sama, Har temui orang yang betul-betul tepat untuk Har."

"Maksud papa, Fika?"

Kali ni Tan Sri Iskandar mengangguk perlahan. Perbuatan yang dulu biar dia sahaja yang rasa, tak mahu Ezhar melalui nya pula.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now