H30

3.6K 124 19
                                    

"Abang..."

Laju Ezhar berpaling ketika terasa seseorang memanggilnya.

"Abang ingat Fika ke panggil abang?"
Ezreen menjuih bibir lantas melangkah kesisi abangnya. Panas hatinya ketika berjumpa Dafika seminggu yang lepas, masih belum habis.

Ezhar kembali melirik mata pada kolam buatan di hadapan.
Seminggu berlalu, dia masih di sini, dirumah ayahnya sendiri.
Dafika? Ah.. pelbagai perasaan yang sedang bergolak dihatinya terhadap isterinya itu.

"Seminggu dah abang kat sini, result DNA pun dah keluar. Arsyad tu sah bukan anak Abang. Kenapa abang masih nak ingat kan perempuan tu?"
Ujar Ezreen lagi, seraya sinis menoleh kepada abangnya disebelah.

Reen.. bukan senang abang nak lupakan Fika. Dia bukan perempuan lain, dia isteri abang.
Rambut yang sedikit ikal menampar ke dahi, Ezhar sua ke belakang. Lidah terus kemam untuk bersuara.

"Papa call tadi, Insha Allah esok dia sampai Malaysia. Reen bukan nak paksa abang, tapi Reen harap sangat abang boleh bantu papa. Apa yang berlaku pada abang sebelum ni, Reen nak abang lupa kan. Abang masih ada Reen dan papa. Abang boleh bahagia kat sini, lagipun Fika sendiri cakap dia taknak abang balik ke kampung lagi."

Laju Ezhar menoleh kepada adiknya. sisi wajah Ezreen ditenung.
"Apa maksud Reen?"

Ezreen mengeluh panjang sebelum melawan pandangan abangnya.
"Waktu Reen hantar Arsyad balik, Reen jumpa Fika. Dia sendiri terus terang yang dia taknak abang balik semula ke kampung. Wan pun dengar apa yang Fika cakap. Kalau abang tak percaya, abang boleh tanya Wan."

Ezhar diam lagi, dada tegapnya menarik nafas sebelum dihembur berat. Kolam buatan yang terbentang dihadapan, kembali ditatap.
Betul ke Dafika sendiri menolaknya? Tergamak kau buat aku macam ni Fika? Aku sayangkan kau. Kenapa kau tipu aku? Dan sekarang kau sendiri nak jauh dari aku.
Sekali lagi Ezhar menyua rambutnya kebelakang, rasa rindu pada Dafika masih ada. Dan amat sukar untuk disisih ke tepi.
Dia berharap suatu hari perasaan itu dapat dibuang jauh..

"Fika tu dah mula rasa bersalah, mungkin juga dia malu bila kita semua dah tahu yang dia menipu. Itu lah.. sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Huh! Sampai bila dia nak main-main kan abang? At last tuhan tunjuk segalanya. Baru dia sedar langit tu tinggi ke rendah."
Bebel Ezreen berterusan. Hatinya masih panas dan kalau takde undang-undang mahu sahaja dibunuhnya Dafika tu. Sebab perempuan macam Dafika lah, menyebabkan maruah wanita lain tercemar.
Ezreen pasti, Dafika memang giler kan harta Ezhar hingga sanggup menipu demi kepentingan sendiri.

"Dah lah bang.. Reen nak bersiap,, sekejap lagi Reen nak keluar dengan Kak Wana. Abang nak ikut tak?"
Soal Ezreen kembali setelah masing-masing lama mendiamkan diri.

Ezhar tidak menjawab, cukup gelengan kepalanya memberi menolak ajakan Ezreen tadi.

"Abang.. cukup-cukup lah fikir pasal Fika tu, Abang masih muda. Masih boleh cari bahagia abang sendiri. Dari abang terperap kat rumah ni, baik abang ikut Reen jalan-jalan."
Ezreen memujuk lagi, Walhal dia merasakan ini lah peluang yang ada untuk dia rapatkan Ezhar dan Harwana.

"Reen pergi la, abang nak rehat je kat rumah ni."
Suara Ezhar masih kendur, segala pujukan Ezreen langsung tidak berkesan dihatinya.
Melihat aksi dingin si abang, Ezreen berlalu meninggalkan Ezhar. Dia akan terus bersabar untuk memujuk Ezhar. mendekati Harwana. Ezreen pasti Harwana lebih sesuai jika dibandingkan dengan Dafika.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now