" Bila Is sampai Malaysia?
Hajah Salhah menyambut huluran salam dari anak lelaki."2 hari lepas mak."
Balas Tan Sri Iskandar lembut sebelum mengambil tempat bersebelahan ayahnya."Kau datang sini mesti pasal Har kan?"
Tan Sri Iskandar mengangguk lemah dengan pertanyaan ayahnya.
"Is pun terkejut bila dapat tahu perkara ni.""Anak kau tu keras kepala sangat, dengar lah dulu apa yang Fika nak cakap kan, Ini tak, terus je lari lepas tu diam. Call tak, tanya khabar jauh sekali. Dulu dia jugak memaksa Fika tu kahwin dengan dia. Bila jadi macam ni, lepas tangan."
Bebel Haji Bohari lantas merengus kasar. Dia kesal dengan apa yang telah berlaku."Aku ingat kan, Har tu tak ikut perangai kau yang suka lepaskan tanggungjawab, rupanya mengikut jugak.."
"Dah la bang.. Is datang ni pun nak selesaikan masalah kan.."
Hajah Salhah memotong ayat suaminya yang masih bersuara sinis.Tan Sri Iskandar melirik kearah ayahnya yang sudah mengeluh.
"Is.. mak dengan ayah, bukan nak berat sebelah. bukan jugak tak fikir Har tu cucu kami. Tapi Mak dengan ayah masih percaya yang Fika buat semua ni bersebab. Memang dia bersalah kerana menipu Har. Tapi Fika terpaksa."
"Ye.. Is tahu mak."
Tan Sri Iskandar memangkah kata-kata ibunya menyebabkan Hajah Salhah diam sebentar."Kalau kau tahu, kenapa kau tak suruh anak kau datang sini tengok kan bini dia?"
Haji Bohari masih menyindir. Hati tuanya marah benar dengan sikap anak serta cucunya. Sama je!"Is tak tahu semuanya, tapi Is pasti. Ini bukan salah Fika. Is datang sini nak bincang dengan menantu Is. Is tanya Har, dia diam je. Taknak cerita apa-apa. Is rasa kita tak boleh paksa dia, mungkin Har masih terkejut."
"Har tu lelaki, apa saja yang berlaku jangan tinggalkan tanggung jawab. Sekarang ni Fika mengandung, dia pulak tak balik-balik. Hai.. tak faham la aku dengan perangai orang bandar macam ni."
Sentap!
Tan Sri Iskandar meraup wajahnya lagi. Ayat ayahnya benar-benar mengecilkan hati. Namun apa daya? Dia sendiri harus sedar akan kesalahan diri. Dari dulu dia abaikan Ezhar, bukan setakat anak lelakinya sahaja. Dia juga pernah abaikan seluruh keluarganya.
Jika Haji Bohari memarahi Ezhar bermakna dia juga turut terkena sindirian itu."Ayah... Is akan cuba untuk selesaikan semua. Segala yang berlaku pada Fika dan Ezhar semuanya berpunca dari Is. Is harap Ayah dan mak dapat jaga Fika sebaiknya. Dia banyak berkorban untuk keluarga kita. Is akan cuba pujuk Har untuk kembali kepada Fika. Is sayang Fika macam anak Is sendiri."
"Ye Is.. selama Har takde.Fika la yang jaga mak dan ayah. Dia tahu Har tak bersalah atas tuduhan memukul Malik. Tapi sikit pun dia tak pernah buka mulut pada orang kampung.Sampai mak sendiri malu bila memarahi Har tanpa usul periksa. Selama Har di penjara, Fika yang selalu jenguk dia. Fika lah sediakan semua keperluan Har disana. Tiap-tiap bulan, Fika akan masuk kan duit dalam akaun Har untuk kegunaan dia masa keluar penjara. Masa Har ajak Fika kahwin, Fika sendiri yang menolak. Jadi mak tak rasa Fika sengaja nak rapat dengan Har sebab perkara lain. Mak kenal Fika dari kecil, Dan Fika duduk sini dengan mak hampir 9 tahun. Kalau dia betul-betul ada niat lain, dah lama mak dengan ayah mati dibunuhnya."
Panjang lebar Hajah Salhah berkata. Silap dia tak terangkan segalanya pada Ezhar. Biar cucunya tahu tentang kesilapan diri."Pasal kes anak Fika tu pulak, kau tahu apa terjadi pada dia?"
Kini Haji Bohari pula menyampuk.Tan Sri Iskandar mengangguk tanda tahu.
YOU ARE READING
HOPE (18SG)
Spiritualranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...