"Har... bangun... dah subuh..."
Ezhar merengus kecil ketika terasa lengan dielus lembut oleh isterinya
Dafika senyum, lengan kekar suaminya cuba ditarik lagi dari lilitan pinggannya namun sekali lagi lelaki itu memeluk erat.
"Har... bangun, mandi.. nanti terlepas subuh."
Arah Dafika lagi."Mmphmm... satu round lagi."
"Har!"
Dafika menjerit halus lantas lengan suaminya ditampar manja.
3 round masih tak cukup lagi ke?!
Bibir Dafika lebar melorek senyum.
Nakal kan Ezhar Iqbal ni?Ezhar menarik lengannya kemudian kembali menelentangkan tubuh diatas katil.
Ketika merasakan pelukan Ezhar terlerai, Dafika mendudukan badanya.
"Bangun Har... Nanti terlepas nak solat kat surau."
Sekali lagi Dafika mengingatkan suaminya,
Dia tahu Ezhar sekarang makin kerap ke surau bersama Haji Bohari. Lelaki itu sendiri menyatakan dia masih berlajar untuk mendalami agama. Tak mampu untuk solat seorang, dan masih perlu dibimbing.Ezhar mengangguk lemah dengan arahan isterinya. Badan turut dibangunkan.
Dalam kelam cahaya, dia memandang tubuh Dafika yang sedikit terdedah.
Nafsu yang membuak lagi cuba ditahan.Tak boleh jadi ni, karang terlepas subuh. Naya!
Dengan malas, Ezhar menuruni katil dan mencapai baju T'shirt yang terdampar dihujung tilam. Kain pelikat yang hampir terlerai, digulung kembali supaya kemas.
Dafika turut bangun, baju dan seluar dikemaskan ditubuh sebelum mengambil tudung yang tersangkut dipaku dan memakainya di kepala.
Ezhar yang memerhati, melangkah mendekati Dafika. Belakang wanita itu dipeluk sebelum dagunya diletak pada bahu Dafika yang sudah berkerudung.
Ah... masih rasa tak mahu melepaskan isterinya.Jelas kat sini, Ezhar lebih 'Clingy' dari Dafika, Huh!
"Har... lepaslah... "
Dafika cuba mengeluarkan kedua lengan Ezhar dari pinggangnya, namun makin kuat lelaki itu memeluk.
"Fika... Balik dari surau ni kita buat satu round lagi."
Ish Ezhar ni! Nak pergi surau pun masih fikir bukan-bukan?
"Dah lah Har.. pergi mandi,nanti lewat"
Dafika terus mengarah lembut."Kita mandi sama?"
Suara garau Ezhar terus tepat menghembus telinga kanan Dafika, membuatkan dia tersenyum lebar
"Jangan nak mengada Har, malu nanti kalau Wan dengan Atuk nampak."
"Mmm.."
Ezhar merengus manja, kaki dihentak ke lantai seakan budak kecil."Awak ni Har!"
Dafika turut merengus, tubuhnya dikeluarkan dari kenkangan Ezhar. Badannya dipusing dan memandang suami."Awak nak mandi sekarang ke, atau awak nak saya halau awak tidur bilik Arsyad lagi."
Duga Dafika kembali. Sengaja. Kedua tangan sudah dicekak ke pinggang."Bukan aku yang masuk bilik kau, Kau yang tarik aku kesini kan?"
Pantas ekor mata Dafika melirik kearah Ezhar, lelaki itu tersenyum sinis.
YOU ARE READING
HOPE (18SG)
Spiritualeranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...