H27

3.4K 106 9
                                    

"Fika... Fika.."
Salwa mengoncang bahu Dafika yang sedang lena menerkup wajah di atas meja makan.

Dafika yang kelihatan mamai, bangun juga lantas memandang rakan baiknya.

"Eh. Sorry aku terlelap."
Kepala yang sedikit perit, ditekan-tekan oleh jemari Dafika. Tak sedar berapa lama dia tertidur beralaskan lengan sendiri.

"Aku tengok kau lemah je sejak akhir-akhir ni Fika, pantang ada rehat sikit mesti kau tidur. Tengok lah ni.. letak kepala atas meja pun boleh terlelap. Kau okay ke Fika?"
Soal Salwa. Dia memang mengambil berat tentang rakannya itu. Kerana Dafika lah satu-satu teman karibnya sejak dulu.

"Aku okay je Sal, mungkin sejak akhir-akhir ni pelanggan kedai kita makin ramai sebab tu aku rasa penat kot."

Salwa mengangguk perlahan, mengiyakan kata-kata temannya. Sedang dia sendiri pun rasa terbeban sedikit bila pelanggan kedai makan ini semakin ramai.
Dafika sudah mencari-cari pekerja baru. Namun siapa lah yang ingin bekerja di kedai makan kampung macam ni. Anak muda sekarang lebih suka ke bandar. Tak kisah apa saja kerja, asalkan dapat menetap dan menjadi 'orang' bandar.

"Mila dah balik awal tadi, kakak dia dah datang ambik. Aku pun nak balik dah ni. Kau taknak tutup kedai lagi ke?"
Salwa bertanya lagi sambil tubuh terus berdiri dihadapan rakanya.

"Sekejap lagi aku balik, aku tunggu Har datang ambik barang kat dapur tu nak bawak balik rumah. Har keluar ambik Arsyad balik sekolah agama tadi."
Terang Dafika lembut.

Salwa mengangguk faham.
"Kalau macam tu, aku balik dulu lah ye."

Dafika turut mengangguk memberi kebenaran kepada Salwa. Belakang rakannya dipandang hingga keluar dari ruang kedai yang sudah ditutup separuh pintu.

Nafas dihela perlahan, tengah dahi Dafika picit lagi menahan rasa pedih.
Entah kenapa tubuhnya terasa lemah sejak seminggu dua ni. Pandangan juga sedikit berpinar. Keadaan ini yang dirasakan sewaktu Dafika mengandungkan Karsyad.

Hah?!
Jangan-jangan aku.....

Shreekk....
Pintu hadapan terdengar ditolak untuk dibuka.
Dafika pasti, itu adalah suaminya. Bibir mengorak senyum, kerana ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada Ezhar. Dia pasti..

"Fika.."

Dafika berpaling, mata dibesarkan ketika melihat tubuh lelaki lain yang masuk dan menghampiri. Terus dia bangun dari duduk.

"Maaf encik, kedai ni dah tutup."
Tergagap Dafika bersuara, Dalam hati sedikit pelik. Kenapa lelaki itu tahu akan namanya.

"Fika.. kau tak kenal aku?"

Soalan lelaki itu membuatkan kening Dafika bertaut. Wajah leper yang penuh dengan jambang tak terurus itu dipandang lagi. Dafika tidak dapat mengagak siapa lelaki dihadapnya kini.

"Aku Naim, member Hidayat, yang selalu kacau kau dulu."

Naim?
"Bukan kau ke yang Har cari selama ni sebab pukul dia dalam penjara?"

Pertanyaan Dafika membuatkan lelaki yang bernama Naim itu mengangguk laju. Dari riak lelaki itu, Dafika rasakan dia sangat ketakutan.

"Kau buat apa kat sini? Kau tahu kan Har cari kau? Kalau dia jumpa kau kat sini, mampus kau dikerjakan!"
Ugut Dafika, sambil matanya menjeling-jeling ke luar pintu. Takut jika Ezhar kembali ke sini.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now