Buk! Buk! Buk!
Ezhar yang sedang membersihkan diri di ruang bilik mandi penjara itu, memperlahankan kelajuan pancutan air, ketika telinga menangkap bunyi sesuatu di sudut kamar mandi itu.
Buk! Buk! Buk!
Semakin lama, bunyi itu makin kuat dan sekali sekala disertakan bunyi erangan kesakitan.
Pili air, Ezhar tutup. Tuala nipisnya diambil dan dililit ke pinggang. Perlahan kakinya melangkah ke arah bunyi tersebut.
Semakin dekat semakin kuat bunyi seakan sesuatu yang mengetuk besi.
Apabila matanya melihat seorang banduan sedang menghantuk kepala ke dinding besi, terus Ezhar berlari mendapat lelaki tersebut.
"Eh! Kau ni dah kenapa?!"
Soalan Ezhar tidak lelaki itu jawab, kepalanya makin kuat dihantuk kedinding sehingga mengalir darah pekat dari sisi kepala banduan itu.
Ezhar cuba membantu, dia menarik lelaki itu sambil mulutnya meminta pertolongan dari warden penjara.
Lelaki itu pula bagaikan dirasuk, terus sahaja menghentam kepala di dinding tanpa sedikitkan riak sakit diwajahnya.
Teriakan Ezhar menyebabkan beberapa orang warden penjara berlari kearah mereka.
"Tolong! Tolong! Arrgghh! Sakit! tolong!"
Ketika ternampak warden penjara menghampiri, banduan lelaki itu tiba-tiba menjerit seolah-olah merayu untuk dilepaskan dari Ezhar.
Kaku Ezhar sebentar melihat aksi banduan lelaki itu yang berbeza dari tadi.
"Tuan! tolong tuan! Ezhar pukul saya?! Ezhar hantuk kepala saya kat dinding! tolong tuan?!"
Laju Ezhar memandang banduan yang tidak dikenali itu. Namun lelaki itu hanya menundukan kepala sambil menangis hiba.
"Kau buat apa ni Har? tak puas 5 tahun kau meringkuk dalam ni? Kau nak sambung lagi ke?"
Pak! Pak! Pak!
Buk! Buk! Buk!Sesuai warden penjara memaki Ezhar, dia terus dipukul bertalu-talu tanpa sempat Ezhar menyatakan hal sebenar.
"Tolong tuan! bukan saya yang pukul dia tuan! Tolong tuan! saya tak salah! saya tak salah tuan!"
Ezhar terus merayu namun sikit tidak terkesan oleh warden penjara yang seramai 5 orang itu. Pukulan demi pukulan dihentam pada setiap sudut tubuh Ezhar tanpa belas."Tolong tuan... saya tak salah tuan... bukan saya yang pukul dia... tolong tuan... sakit tuan.. tolong..."
"Har..."
"Sakit... tolong henti kan... tolong.."
"Har!"
"Arrggh!"
Ezhar membuka mata ketika terasa dirinya digoncang kuat.
Wajah pertama yang dia lihat adalah Dafika.
Ah! maksudnya dia bermimpi tadi.
Bukan! bukan mimpi! itu semua realiti! Realiti dimana Ezhar terpaksa meringkuk 2 tahun lagi setelah dituduh memukul seorang banduan yang sebenarnya tidak dikenali sehingga sekarang."Awak okay Har?"
Dafika bertanya lembut, matanya menangkap renik peluh di sisi dahi Ezhar. Dia pasti lelaki itu bermimpi buruk.Seusai mengosok pakaian sekolah anaknya tadi, telinga Dafika terdengar suara Ezhar merayu-rayu.
Segera dia keluar ke ruang tamu dan melihat lelaki itu terbaring di sofa kayu, sambil tangannya meronta-ronta seakan menepis sesuatu.
YOU ARE READING
HOPE (18SG)
Spiritualranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...