H36

4.5K 148 33
                                    


"Papa dah tahu ke, lelaki mana yang rapat dengan Reen?"
         
         Sekilas pandangan Tan Sri Iskandar kepada anaknya yang sedang menghembus asap rokok di kawasan merokok lapangan terbang.
         Kepala diangguk sekali mengiyakan.

"Lelaki tu nama dia Asif, anak kawan papa. Dulu parents Asif pernah join business dengan papa Tapi tak tahu mana silapnya. Syarikat parents dia bankrupt, hutang keliling pinggang. Setahun lepas tu parents Asif meninggal. Papa dengar diorang kemalangan jalan raya. Asif tu pulak anak tunggal, takde adik beradik lain. Maybe Reen takut nak kenal kan pada papa, takut papa tak terima ."
         Panjang lebar Tan Sri Iskandar menerangkan kepada anaknya.

         Beberapa hari lepas, dia memujuk Ezreen untuk menceritakan perihal teman lelakinya. Menyumpah-nyumpah anak perempuannya bercerita kerana terlalu marahkan Dafika.
         Dalam keadaan macam ni, Tan Sri Iskandar sendiri pun tersepit memilih antara Dafika dan anak perempuan.

         Ezhar yang mendengar, sekali lagi menghembus asap rokok ke ruang udara. Dia sendiri pun tak tahu nak salahkan siapa.
          Dafika terlalu trauma, manakala Ezreen pula masih bencikan isterinya. Haih... sukar nak buat keputusan saat ni.

"Har jangan lah risau lagi pasal Ezreen dan kitaorang kat sini. Har bawa je Dafika bercuti. Tenang kan fikiran. Papa tahu Har pun serabut sekarang ni."

           Ezhar mengangguk perlahan, baki rokok yang tinggal sedikit ditenyeh pada 'astray' yang disediakan di tepi penghadang besi.
          Keluhan dilepas sebentar sebelum matanya menatap pesawat yang bersusun dihadapan.

          Beberapa hari lepas, Dafika setuju untuk mengikuti Ezhar ke Sabah. Rasa nak bersorak tika itu juga, namun ditahankan hati. Kerana isterinya masih lagi bermasam muka.

"Pa.. Boleh Har tanya sesuatu?."
          Soal Ezhar seraya memusing tubuh ke arah ayahnya.
          Lelaki tu itu mengangguk perlahan.

"Apa kaitan Papa dengan mak Raykal?"
          
          Kali ni Tan Sri Iskandar pula menghela nafas lantas membawa pandangannya ke hadapan.
"Seperti yang Har tahu, papa pernah berkahwin  dengan Mak Raykal. Tapi tak lama, kami bercerai. Masa Har terjumpa papa dengan Kamelia, kami  dah sah bercerai. Tapi Kamelia tak boleh terima."

"So... Raykal anak papa?"

          Laju Ezhar bertanya menyebabkan kata-kata Tan Sri Iskandar terhenti, kepalanya digeleng sekali.
"Masa papa berkahwin dengan Kamelia, Raykal dah besar. Papa tak tahu pun siapa ayah dia. Papa ceraikan Kamelia pun sebab papa sendiri tangkap dia jalinkan hubungan dengan lelaki lain."

"Pasal kematian Kamelia.. papa terlibat jugak ke?"
          Teragak-agak Ezhar menyoal kembali ayahnya. Sesungguhnya dia masih percayakan Tan Sri Iskandar.

"Papa tak tahu pasal kematian Kamelia.."
           Perlahan Tan Sri Iskandar menjawab.

"Tapi kenapa Raykal masih salahkan papa?"

            Liur yang tersangkut di leher kedut Tan Sri Iskandar, ditelan perlahan. Tak tahu apa yang perlu dijawab dengan soalan anak lelakinya.

"Pa.. Har percayakan papa, cuma perkara ni kita kena selesaikan awal-awal. Har taknak Raykal terus sakiti family kita."

          Tan Sri Iskandar mengangguk lagi. Faham dengan kata-kata anaknya.

"Inshallah kita doakan tiada apa-apa lagi berlaku dalam keluarga kita. Papa rasa bersemangat sekarang ni sebab Har ada disisi papa."
           Tangan Tan Sri Iskandar mengengam kuat bahu anaknya. Ezhar adalah kekuatan nya kini.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now