Hari keempat perkahwinan Ezhar. Dafika ambik keputusan untuk membuka kedai makan kembali.
Seharian tak melakukan apa-apa, rasa tak selesa pulak.
Nasib dia sudah sah menjadi cucu menantu rumah ni. Tidak lah malu sangat dia menumpang disini."Apa lah kau ni Fika, inai tu masih merah dah ajak aku bukak kedai balik."
Dafika yang sedang memotong bawang hanya mampu melirik Salwa dengan hujung matanya.
Jari yang masih merah ditatap sebentar.
Masih tak percaya yang diri sudah menjadi isteri kepada lelaki pilihanya sejak dulu."Kalau tak bukak kedai, kau dengan aku takde gaji la jawabnya."
"Hish! Kau dah jadi cucu menantu Wan pun, masih fikir pasal gaji ke?"
Dafika tidak menjawab soalan Salwa, sebenarnya sejak dulu, duit hasil kedai makan ni diuruskan oleh Dafika. Namun tidak sedikit pun dia menipu, semua keuntungan diberi kepada Hajah Salhah.
Kemudian wanita itu akan memberi kembali duit kepada Dafika untuk pusingan modal dan upah wanita itu.Seminggu sebelum perkahwinannya, Hajah Salhah telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Dafika untuk menguruskan kedai ini.
Dia cuba menolak namun Hajah Salhah menyatakan ini sebagai hadiah perkahwinannya.
Dafika hanya membisu, dia tak mahu dilimpah dengan kebahagiaan yang berlebihan takut merana suatu hari nanti."Fika.. boleh aku tanya sesuatu?"
Salwa bersuara setelah agak lama mereka berdiam."Apa dia?"
Salwa menarik kerusi plastiknya dan merapati Dafika yang masih mengupas bawang untuk dikisar.
"Tapi kau jangan marah tau..."
Keluhan Dafika hela sebelum menoleh rakan disebelahnya.
"Kau nak tanya pasal bapak Arsyad kan?"
Dia faham."Err.. aku bukan apa, sebab satu kampung tahu cerita yang Har tu bapak Arsyad. Laki kau sendiri yang mengaku."
"Dah kalau Har yang mengaku, maksudnya betul lah tu.."
Jawab Dafika kembali.7 tahun kisah Dafika mengandung tanpa suami sudah mula lenyap, dan kini kisah itu kembali, bila perbalahan dengan Ezhar berlaku dihadapan rumah sewa wanita itu sebulan yang lalu.
Jika dulu Dafika rasa malu, rasa tertekan, namun kini dibiarkan perasaan itu bagai angin. Jika dia diikutkan sudah tentu dia kembali merana. Cuma Dafika sentiasa berdoa agar anaknya tidak terkena tempias.
"Baguslah kalau Har nak bertanggungjawab, bukan senang nak jumpa lelaki macam tu. Terus terang aku tengok Har tu dah berubah sejak dia keluar penjara. Dulu aku pun takut bila orang kampung heboh yang Har kembali semula ke kampung ni. Sepatutnya penduduk kampung kena kenal betul-betul Har sebelum menuduh sebarangan."
Dafika hanya membisu, pendapat Salwa sudah lama sebati dalam dirinya. Hanya Dafika je yang tahu Ezhar bukan penjenayah, hanya Dafika seorang sahaja tahu Ezhar tak pernah bersalah selama ni.
"Hei! Abang Har mana?"
Serentak Dafika dan Salwa menoleh ke arah pintu bahagian dapur.
Ezreen berdiri sambil menyilangkan tangan memandang tajam kepada mereka berdua."Reen... bila sampai?"
Lembut Dafika bertanya walhal bukan dia tak perasan muka ketat wanita itu."Tak payah tahu lah, saya tanya ni. Mana abang Har? kat rumah Wan takde, Kat kedai ni pun takde."
"Har ambik.."
"Abang ambik Arsyad dari sekolah tadi, Kenapa Reen tak call nak datang?"
Belum sempat Dafika menjawab, soalan Ezreen, Ezhar masuk dan menghampiri adiknya.
YOU ARE READING
HOPE (18SG)
Spiritualranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...