H21

3.9K 132 6
                                    

"Cicit Wan tengah buat apa?"
Hajah Salhah menghampiri Karsyad seraya melabuhkan punggung di kusyen berdekatan anak lelaki itu.

"Arsyad tengah siapkan kerja sekolah, Wan."

Hajah Salhah mengangguk perlahan. Senyuman terukir diwajah kedut. Umur Karsyad sudah masuk 8 tahun, dia pasti anak itu akan membesar dengan kasih sayang secukupnya.

Hampir sebulan perkahwinan Ezhar dan Dafika, walau saban hari Hajah Salhah melihat mereka berdua bergurau kasar. Namun jauh disudut hatinya tahu Ezhar sangat mengambil berat akan Dafika serta Karsyad.

Perangai Ezhar pun sudah mula berubah, sampai waktu dia akan kesurau untuk bersembahyang. Bila ditanya kenapa tak solat kat rumah, Ezhar akan menjawab yang dia masih tak hafal surah.

Hajah Salhah mengerti, malahan seminggu dua ni hampir setiap malam Ezhar akan belajar mengaji dengan Atoknya.
Mana lah tak sejuk hati dia melihat perubahan cucunya itu. Hajah Salhah pasti, ini semua kerana Dafika. Pernilaanya tak salah pada wanita itu selama ini.

Cuma... satu je yang Hajah Salhah musykil, dan ketika ini dia ingin bertanya kepada Karsyad.

"Arsyad boleh Wan tanya ke?"

Karsyad yang kini meniarapkan tubuh sambil meneruskan kerjanya hanya mengangguk tanpa memandang pada Hajah Salhah.

"Ermm.. Papa masih tidur kat bilik Arsyad ke?"

Kali ni Karsyad mengangguk pula. Mata masih menghadap buku dihadapannya.

"Tiap-tiap malam memang papa tidur bilik Arsyad ke? Pernah tak papa tak tidur sama dengan Arsyad?"
Rasa pelik pulak dengan soalannya sendiri. Namun Hajah Salhah terus bertanya untuk kepastian.

Karsyad memalingkan tubuh lantas bersila diatas lantai. Matanya mendongak kepada Hajah Salhah yang berada di kusyen.

"Arsyad pelik lah. Dulu papa suruh Arsyad jadi berani, tidur sorang-sorang dalam bilik. Lepas tu papa sendiri yang teman Arsyad. Papa cakap Arsyad masih kecik. Papa kena jaga Arsyad. Habis tu bila Arsyad boleh jadi besar Wan?"

Tergelak sebentar Hajah Salhah dengan kenyataan Karsyad. Alasan Ezhar memang tak makan dek budak kecik ni.

"Jadi tiap-tiap malam, memang papa tidur dengan Arsyad la?"
Soal Hajah Salhah lagi.

"Ye lah Wan. Dah la papa kalau tidur mesti nak peluk Arsyad. Rimas lah. Sampai Arsyad tak boleh nak bernafas."

Lagi sekali Hajah Salhah menyua tawa. Lucu dengan kenyataan anak lelaki itu. Dia sendiri pun dah lama perasan yang Ezhar suka memeluk sesuatu ketika tidur.
Sejak cucunya berada disini, Hajah Salhah sentiasa senyum dengan teletah manja lelaki itu.
Perangai garang, tapi tiap-tiap malam mesti cari bantal untuk peluk.
Pernah sekali Hajah Salhah bangun pagi dan melihat Ezhar memeluk Malik ketika mereka berdua tidur diruang tamu.

Hai.. sekeras mana pun watak Ezhar. Tetap ada sisi lembutnya yang perlu dinilai.
Dari situ Hajah Salhah pasti, Ezhar sebenarnya kekurangan kasih sayang.

"Kenapa Arsyad tak suruh papa tidur bilik mama?"
Pancing Hajah Salhah lagi. sengaja.

"Arsyad dah cakap, tapi papa kata mama tak suka dipeluk. Sebab tu dia tidur dengan Arsyad."

Ya Allah!
Bertuah betul cucu aku ni menjawab soalan anak dia!
Hajah Salhah menggelengkan kepala. Bibir makin lebar menyula tawa.
Namun apa yang Hajah Salhah pasti, Ezhar dan Dafika tak pernah bersama sejak mereka berkahwin.
Kenapa?
Masih menjadi tanda tanya dalam dirinya.
Rasanya Hajah Salhah harus bertanya dengan Dafika.

"Wan... boleh Arsyad tanya pulak?"
Karsyad yang masih bersila dilantai menyoal kembali Hajah Salhah.

"Arsyad nak tanya apa?"
Lembut Hajah Salhah menjawab.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now