"Har.. Fika.. cuba korang cerita.. apa sebenarnya yang berlaku sampai nak kahwin tiba-tiba, dan betul ke Arsyad anak Har?"
Hajah Salhah bertalu menyoal Ezhar dan Dafika yang duduk dihadapan mereka."Atok, Wan berbulan Har duduk sini, kenapa sorang pun tak bukak mulut tentang apa yang berlaku pada Fika. Sehingga Har sendiri dapat bukti yang Arsyad tu anak Har."
Soalan Hajah Salhah tidak Ezhar jawab, malahan dia menyoal baru. Kesal dengan apa yang berlaku selama ni.
Selesai pergaduhan Ezhar dengan Dafika tadi, Hajah Salhah meminta kedua mereka duduk diruang tamu untuk berbincang.
Karsyad pula awal-awal sudah ditidurkan,tak mahu anak itu masuk campur."Har.. Wan dengan Atok bukan taknak cerita, tapi semua ni melibatkan maruah Fika, kalau Fika taknak bukak mulut. Takkan kami berdua nak cakap sebarang."
Terang Hajah Salhah lembut."Wan.. sebelum ni Har jumpa Nasir, Nasir cerita kan semuanya pada Har."
"Apa yang Nasir cakap?"
Soal Hajah Salhah lagi. Dia pun mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Ezhar dan Dafika.
"Nasir cerita yang Har pernah keluar dari hotel kat pekan tu dengan Fika, 7 tahun lalu."
"Hah?! betul ke Fika?"
Penerangan dari Ezhar membuatkan Hajah Salhah berpaling kearah Dafika untuk meminta kepastian.Dafika pula hanya tunduk membisu. Tak tahu apa sebenar perasaanya kini. Soalan Hajah Salhah dibiarkan tanpa menjawab.
"Salah Har.. masa tu Har mabuk dengan Malik, Har betul-betul tak ingat apa-apa. Sedar-sedar Har dah ada dalam bilik tu."
"Dengan Fika?"
Hajah Salhah memotong penerangan Ezhar yang belum habis."Fika dah takde, tapi Har sedar Har memang tidur dengan perempuan, cuma Har tak perasaan siapa? Har mabuk Wan.. Har tahu Har salah, Hanya Fika je yang sedar, tapi bila Har tanya Fika dia tak mengaku."
Hajah Salhah mengeluh berat. Sukar sebenarnya dia mahu menerima cerita ini
"Fika.. sekarang Fika pulak kena berterus terang, betul ke apa yang Har cakap? Wan tak marah sebab semua ni dah berlaku. Wan cuma nak Fika jujur."
Hajah Salhah merayu, wajah Dafika yang masih tunduk, dititip.Pada dia walau apa pun kesalahan yang dibuat oleh Dafika dan Ezhar, Hajah Salhah sebagai manusia, tak berhak untuk menghukum sesama manusia.
Cukup lah dia dan suaminya pernah memaki dan menyumpah Ezhar 7 tahun dulu walaupun sebenarnya bukan salah cucunya itu.
Malik hanya cucu angkat mereka. Dan sehingga sekarang Hajah Salhah menyesal membuang cucu sendiri.Manakala Dafika pula terus tunduk. Masih tak mampu menjawab perkara yang tiba-tiba ini.
Melihat keadaan Dafika, Hajah Salhah bangun dari duduknya dan melabuhkan punggung bersebelahan Dafika.
Bahu wanita itu disentuh lembut."Fika.. cakap dengan Wan betul ke Fika ada sekali dengan Har dalam hotel tu?"
Pujuk Hajah Salhah lagi.Lama baru Dafika mengangguk perlahan.
Ezhar menarik nafas sebelum tunduk memandang lantai kayu. Tapak tangan meraup wajahnya sekali.
Nasir tak tipu.. memang aku yang rosakan Dafika..
YOU ARE READING
HOPE (18SG)
Spiritualitéranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...