"Kau rasa kau akan bahagia selamanya Dafika?"
"Kenapa kau datang lagi bangsat!"
Dafika menjerit lantas langkah menapak kebelakang"Kenapa tak boleh datang? Salah ke aku sentuh perut kau? Anak yang kau kandung tu anak aku. Darah daging aku!"
Kepala Dafika segera tunduk memandang perutnya yang sudah membonjol besar. Sesekali terasa sesuatu bergerak menendang dinding abdomennya.
"Tak! Ini bukan anak kau! ini anak aku! Anak aku!"
Jerit Dafika lagi. Mata putihnya sudah merah memandang lelaki dihadapannya."Sampai bila kau nak sorok Dafika? Sampai bila kau nak nafikan yang anak tu anak aku. Kau tak takut jika laki kau tahu suatu hari nanti?!"
"Pergi kau dari hidup aku! Pergi! Aku sanggup bunuh kau jika kau ganggu hidup aku."
Lelaki itu kemudian ketawa mengilai.. Membuatkan Dafika menutup kedua telinganya. Tak sanggup dia mendengar suara lelaki itu lagi.
"Pergi aku cakap! Pergi!"
Dafika terus meronta, Mata dipejam erat. Namun telinga tetap mendengar hilaian lelaki tadi."Pergi!!"
Jerit Dafika lagi."Yang...."
"Aku kata pergi! pergi!"
"Sayang...."
Suara lembut Ezhar mengejutkan Dafika, Segera matanya dibuka. Wajah suami yang menghampirinya dipandang tajam.
"Sayang mimpi ke?"
Soal Ezhar, renungan tajam Dafika dipandang. Peluh yang merecik didahi wanita itu disapu dengan tapak tangannya.Sentuhan Ezhar membuatkan Dafika kembali sedar. Dia bermimpi, namun sebenarnya mimpi itu adalah kenyataan. Liur ditelan rakus. Tekak mula terasa perit kerana terlalu kering.
"Sayang mimpi buruk ke?"
Soal Ezhar kembali seraya isterinya mengangguk perlahan. Dia perasan, Dafika sudah kembali tenang.
Segera Ezhar baringkan kembali badannya dan meraih tubuh genit Dafika supaya berada dalam dakapan."Tidur sayang... Abang ada kat sini..."
Pujuk Ezhar sambil mencium ubun-ubun isterinya. Sikit pun dia tak mahu bertanya apa mimpi Dafika sehingga wanita itu menjerit-jerit sewaktu mereka sedang tidur.
Biarlah malam ini Dafika kembali tenang untuk lena.Pelukan Ezhar yang semakin erat sedikit sebanyak membuang wajah lelaki yang menjadi mimpi hitamnya selama ini. Dafika tak mahu suaminya tahu hal sebenar. Dia ingin bahagia ini berterusan.
Namun sampai bila? Lambat laun Ezhar pasti akan tahu. Adakah suaminya akan menerima kelak. Arggh! Dafika tak sanggup untuk jauh dari Ezhar.Pantas lengannya memeluk Ezhar dan wajahnya dirapatkan pada dada lelaki itu. Saat ini Dafika hanya inginkan Ezhar.
*****
Ezhar keluar dari bangunan 'Travel Agency'.
'Pamplet' ditangannya dikipas berkali-kali. Senyum dibibir mengorak lebar. Sebentar tadi dia baru berjumpa staf di situ bagi menguruskan percutiannya bersama Dafika.Benar kata Hajah Salhah, Dafika mungkin terlalu penat.
7 tahun dia menguruskan kedai makan tanpa sedikit pun wanita itu mengeluh.Dan 5 bulan perkahwinan Dafika dan Ezhar, hampir terlupa untuk dia membawa isterinya berbulan madu.
Kali ni Ezhar putuskan untuk membawa Dafika bercuti berdua dengannya. Ezhar mahu isterinya tenang tidak seperti malam tadi.
YOU ARE READING
HOPE (18SG)
Spiritualranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...