H17

3.2K 125 3
                                    

"Abang.. apa ni? Takkan tiba-tiba nak kahwin dengan Fika?"
             Ezreen menghampiri abangnya yang berdiri ditepi jendela yang terbuka luas.
             Semalam bila dia tahu Ezhar nak berkahwin dengan Dafika, segera Ezreen mengikuti papanya turun ke kampung.
              Telinga tak puas hati selagi tak dengar sendiri dari mulut abangnya.

"Reen kan abang dah cerita hal sebenarnya."
                  Ujar Ezhar sambil menghembus asap rokok keluar jendela.
                  Dia dah agak, Ezreen akan menghalang.

"Tapi bukan salah abang kan.. Abang tak perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Boleh je abang bagi nafkah pada budak tu tanpa berkahwin dengan Fika."
                 Cadang Ezreen lagi. Masih tak puas hati.

                    Rokok yang baru setengah batang dihisap, Ezhar tenyeh di bingkai jendela kayu untuk mematikan bara.
                   Wajah Ezreen dibelakangnya dipandang.

"Reen.. benda ni bukan perkara main-main. Ini semua melibatkan maruah."

"Kalau ada maruah takkan perempuan tu tergamak nak serah tubuh dia pada abang."
                Laju Ezreen menepis kenyataan Ezhar tanpa sedikit pun perduli perasaan Dafika yang berada didalam bilik.
               Dia pun tak pasti wanita itu dengar atau pun tidak, tapi jika Dafika terdengar. Lagi bagus! Urg!

"Ini semua bukan salah Fika. Abang pun bersalah. Takkan abang nak biarkan je perkara macam ni."
              Hujung mata Ezhar turut melirik kepada kamar Dafika yang tertutup rapat. Harap wanita itu tidak mendengar perbualan mereka.   

"Abang... dari awal lagi Reen dah nampak, Fika tu tak habis-habis nak goda abang.. mentang-mentanglah..."

"Reen.. kalau Reen tak tahu kisah sebenar, jangan menuduh. Berdosa besar kalau kita memfitnah sesuatu yang masih tak pasti"
                Hajah Salhah memangkah lembut sindiran cucu perempuannya.
                Sedar lah dia kini yang Ezreen memang tak suka kan Dafika.

"Wan.. kenapa wan tak habis-habis nak sebelah Fika? Reen ni cucu Wan tahu tak. Dan Abang Har, abang kandung Reen. Reen cakap ni sebab Reen nak protect abang Har, Reen taknak abang Har tersilap langkah lagi.Lagipun abang Har berhak mendapat yang lebih baik"

"Protect? Habis tu selama 7 tahun Har kat penjara, pernah Reen melawat dia?"
                  Soal Hajah Salhah mematikan ayat cucu perempuannya.

"Err.. bukan Reen taknak melawat tapi papa..."

"Sudah lah... kita nak bincang elok-elok kan.. Tak payah ungkit benda yang dah lepas. Sekarang ni kita bercakap pasal Ezhar dan Dafika."
                  Haji Bohari pula masuk jalan, tak mahu perkara lain terlibat sekali.

                  Ezreen merengus seraya menyilang lengan didada.
"Terpulang.. Yang penting Reen memang tak setuju!"


                  Haji Bohari hanya menggeleng kepalanya ketika melihat reaksi Ezreen. Keras kepala!

"Kau pulak Is, Apa keputusan kau?"
                Pandang Haji Bohari ditala kepada anak  pula meminta jawapan, Lelaki itu kemudian mengamit pandang kearah Ezhar.
    

"So Har dah buat keputusan untuk berkahwin dengan Fika?"

"Mmmphhmm..."
               Acu tak acu jawapan Ezhar kepada papanya. Mata dihala keluar tingkap.

                Tan Sri Iskandar memandang pula kepada ayahnya.
"Ayah setuju ke?"

"Aku ni memang berkenan sangat dengan Fika, kitaorang bela dia dari dulu. Apa yang dah Dafika lakukan itu semua dah lepas, Kita tak berhak nak mengambil kerja tuhan untuk menghukum. Tapi jika kau tak setuju, terpulang pada kau. Kau bapa dia. Kau lebih berhak pada Har."
                  Panjang Haji Bohari menjawab seraya melirik kearah cucu lelakinya.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now