Dafika memandang kipas yang berpusing didinding biliknya.
Pertemuan sebentar dengan Raykal tadi, kembali mengamit rasa dendamnya.
Lelaki itu tak habis-habis mahu menganggunya!
Ya Allah.. Kau selamatkan lah suami aku dari tipu daya manusia.Selepas berborak dengan Hajah Salhah tadi, Dafika terus meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya.
Fikiran berserabut, namun demi kebahagiaanya. Dafika sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa menentang Raykal.Badan diiring ke kiri, keluhan dilepas sebentar, mata masih liat untuk menutup. Sekeliling bilik dipandang.
Walau hampir sebulan Dafika bergelar isteri, namun biliknya masih tak berubah. Masih seperti dulu. Cuma sekarang ni dia tidur seorang bila Karsyad sudah diasingkan.
Itu permintaan anak lelakinya sendiri. Dafika hanya menurut.Dan sepatutnya bilik ini menjadi tempat dia dan Ezhar bersama, namun hanya semalaman sahaja mereka tidur sekatil, sebelum Ezhar kembali ke biliknya dan tidur bersama Karsyad.
"Wan tak tahu apa masalah Fika dan Ezhar sehingga korang taknak tidur sebilik. Jika Ezhar ada buat salah, bagitahu Wan, mungkin Wan boleh tolong."
Masih tergiang suara Hajah Salhah bertanya tadi.
"Takde lah Wan, Kami okay je. Takde masalah apa-apa."
Ye... Dafika dan Ezhar tak pernah bergaduh besar. Dan semua ni bukan salah Ezhar. Dafika sendiri yang menolak. Tapi takkan dia nak cerita kat Wan."Atau.. Dafika takut Ezhar bawa penyakit berjangkit?
Duga Hajah Salhah lagi."Eh takde lah Wan, Fika tahu Ezhar bersih."
Dafika pasti seratus peratus bahawa Ezhar terhindar dari semua penyakit berjangkit. Dia sendiri yang selalu melawat Ezhar dipenjara. Dan pihak penjara tiap-tiap tahun mengesahkan Ezhar bersih dadah dan segala penyakit lain.7 Tahun Ezhar dipenjara, hanya Dafika sahaja yang tahu keadaan lelaki itu.
Cuma ketika tempoh penahanan Ezhar ditambah menjadi 2 tahun lagi, benar-benar mengejutkan Dafika. Dan sehingga sekarang dia sendiri masih tak tahu siapa yang mengenakan lelaki itu.Dafika bangun dari katilnya, sukar benar matanya ingin tertutup. Mungkin terlalu banyak masalah yang difikirnya saat ini.
Perlahan kaki melangkah keluar dari bilik. Dia ingin kebilik anaknya. Dafika ingin melihat Karsyad tidur. Rasa rindu pulak untuk tidur bersama anak lelakinya itu.
Sreekkk....
Pintu bilik dibuka perlahan. Ruang agak kelam. Namun kesan dari pancaram cahaya dari ruang tamu menyebabkan mata Dafika dapat melihat anaknya yang merekot terbaring sambil dipeluk kejap oleh Ezhar.Bibir mengorak senyum, terlupa akan perihal Ezhar yang suka memeluk apa sahaja dihadapanya. Agaknya kalau letak kayu balak pun. Sah mamat ni akan peluk kan?
Cute!Kaki Dafika melangkah masuk, dan perlahan menghampiri anak lelakinya. Punggung dilabuh dibirai katil.Nasib katil ni saiz 'King'
Kalau tak memang tak cukuplah untuk dua orang lelaki ni.
Jemari Dafika menyentuh rambut yang menutupi sisi dahi anaknya, dan menguak kebelakang.
Dah besar kan anak mama..
Bisik Dafika lembut.
Badan anak lelakinya ingin dilurut namun kerana lengan besar Ezhar yang melilit pinggang Karsyad, membuatkan tindakan Dafika terhenti.
Dari raup wajah Karsyad, dia perasan yang anak kecilnya lena dalam dakapan Ezhar."Fika."
Hampir terkedu reaksi Dafika ketika namanya diseru Ezhar.
Lelaki itu mengangkat sedikit kepalanya sebelum memandang tepat kearah Dafika.
YOU ARE READING
HOPE (18SG)
Espiritualranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...